Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 18, 2022 @ 8:51pm

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Selebriti berbakat besar, Adibah Noor, 51, dikhabarkan meninggal dunia pada 7.40 petang tadi.

Berita sedih itu disampaikan oleh rakan selebriti, Datin Emylia Rosnaida menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Isteri kepada pengacara popular Datuk AC Mizal itu mengesahkan perkara terbabit ketika dihubungi oleh portal Boom.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Sementara itu, menghubungi rakan seperjuangan Adibah, Ani Maiyuni, difahamkan pelakon drama bersiri Kampung People 2 itu telah lama menderita penyakit kanser.

Ani dan Adibah bersaing dalam sebuah program realiti terbitan stesen televisyen berbayar pada tahun lalu.

“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.

“Hanya kami (peserta program realiti yang sama) saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya ketika dihubungi oleh Boom.

Pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris, Adibah terkenal sebagai seorang selebriti serba boleh yang menggalas pelbagai tugas seperti penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan penulis lirik.

Adibah pernah meraih trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu Terlalu Istimewa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sufian Suhaimi Belum Sedia Buka Hati

Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Calon Dah Jumpa, Zizan Bakal Kahwin?

Zizan rasa korang semua pun dah tahu siapa orangnya, cuma buat masa ini namanya perlu dirahsiakan dulu.

Fab Foodies! Tue, 18 Dec 2018

Check Out What Went Down in Malaysia’s First Ever Wagyu Steak Eating Challenge

The competition was on fire but two winners emerged regardless.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

Featured Sun, 2 Oct 2022
error: Content is protected !!