Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin August 28, 2025 @ 9:53pm

International Cultural Fashion Festival 2025 Curi Perhatian, Jadi Sorotan Antarabangsa!

Malaysia terus membuktikan kedudukannya sebagai pusat fesyen budaya serantau apabila International Cultural Fashion Festival (ICFF) 2025 berlangsung penuh meriah di Level 42, Menara Affin TRX, Kuala Lumpur.

Acara anjuran FM Group dengan sokongan penuh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Penganjuran festival ini bukan sahaja sebahagian daripada Temasya 2025 Precious of Malaysia, malah turut menjadi platform promosi awal untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malam Pembukaan

Festival bermula dengan pertunjukan fesyen oleh pereka tersohor Farel Mikhail, yang mengetengahkan 11 koleksi lelaki Elevated Batik Suit dan 4 koleksi wanita Songket Modern Dress. Sentuhan kreatif yang menggabungkan keindahan tekstil tradisional Melayu bersama elemen moden menjadikan persembahan beliau antara yang paling mendapat perhatian.

22 Pereka & 6 Institusi Fesyen Terlibat

ICFF 2025 menghimpunkan 22 pereka fesyen dari Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia. Antara nama besar yang menyerikan pentas termasuk Rashid Moshi, Afiq Shazani, Boyfazly, Gil Macaibay Fashion Studio serta Munaka by Aluna.

Turut serta ialah enam institusi pendidikan fesyen terkemuka iaitu ESMOD Kuala Lumpur, UiTM Sri Iskandar, UNITAR, UCSI, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dan Kolej Komuniti Selayang yang memperlihatkan bakat segar generasi muda.

Keputusan Pertandingan

Panel juri berprestij yang terdiri daripada pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain, pengasas galeri seni Terimba, Redza, serta pereka fesyen Farel Mikhail telah menilai persembahan para peserta.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

  • Juara: Russ Cuevas (Filipina)
  • Naib Juara: Jeremiah Gazo (Filipina)
  • Tempat Ketiga: Rashid Moshi (Malaysia)
  • Tempat Keempat: Munaka by Aluna (Indonesia)
  • ASEAN Emerging Fashion Designer: Afiq Shazani (Malaysia)

Fesyen Sebagai Jambatan Budaya

Shaharuddin menegaskan, penganjuran festival ini bukan sahaja meraikan keunikan fesyen rantau ini, malah memperkukuh hubungan kreatif antarabangsa.

“International Cultural Fashion Festival bukan sahaja mengangkat keunikan fesyen serantau, malah membuka ruang pertukaran budaya dan kolaborasi kreatif, selaras dengan visi Temasya 2025 Precious of Malaysia dan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Tentang Temasya Precious of Malaysia

Temasya 2025 Precious of Malaysia berlangsung dari 11 hingga 17 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights dan Menara Affin TRX. Sepanjang acara, pelbagai program berprestij diadakan termasuk Pameran Seni Kraf Negara, pelancaran lagu tema Precious of Malaysia, Busana Kreasi serta persembahan Gema Tarik Etnik Malaysia.

Penganjuran ini sekali gus menegaskan aspirasi Malaysia untuk terus mengangkat seni, budaya, warisan dan fesyen serantau ke pentas dunia, serta mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab fesyen budaya antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 28 Mar 2024

Comelnya Sampul Duit Raya! Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo Unik, Siap Ada Filter AI Kad Raya!

Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan imaginatif untuk kempen raya eksklusif tahun ini. Kerjasama ini bertujuan untuk menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan […]

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

FESYEN Mon, 17 Feb 2025

Sempena Syawal, Rizman Ruzaini Raikan Perjalanan Dua Dekad

Rizman Ruzaini menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dengan pelancaran lima koleksi eksklusif bagi meraikan Syawal tahun ini.

FESYEN Thu, 26 Sep 2019

Nabila Razali Pandai Bawa Diri – Jasmin Hamid

Pelakon hebat yang mencipta nama dari zaman 90an, Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid ini masih aktif berlakon sehingga kini.  Terbaharu, beliau digandingkan dengan penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali dalam satu […]

Featured Mon, 15 May 2023
FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

FESYEN Wed, 5 Sep 2018

Cara Merawat Kuku Agar Sihat & Cantik

Kuku dan jari adalah antara anggota yang penting dimana bila tidak dirawat dan dijaga dengan baik terutama kuku, nak tahu lebih jom baca

error: Content is protected !!