Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 1, 2024 @ 10:13am

Sempurnanya Syawal Rizman Ruzaini Bersama 26 Selebriti Popular

Seramai 26 selebriti dalam kalangan pelakon dan penyanyi terkenal dipilih sebagai wakilan atau muses koleksi Raya RR yang bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.

Mereka terdiri daripada Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab dan Sean Lee.

Tidak ketinggalan, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Sharul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.

Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, pemilihan 26 selebriti ini dibuat berdasarkan personaliti, imej, dan pencapaian mereka dalam industri selain ’jiwa’ RR dalam diri mereka.

“Kami mahukan kepelbagaian dalam pemilihan muses kami ini kerana RR Royalties kami juga datang daripada pebagai latar belakang.

“Justeru, kami pastikan muses ini mampu mewakili semua lapisan pelanggan yang membeli koleksi RR, daripada taraf diva, senior, yang sedang meningkat naik, generasi baru dan trendy,” katanya.

Menurutnya, konsep penggunaan muses dalam koleksi raya RR kali ini bagi membolehkan pelanggan menjadikan mereka rujukan.

”Kami mahu setiap orang dapat menikmati kesempurnaan raya dengan pilihan baju impian mereka bersama kami. Seperti yang kita tahu jenama Rizman Ruzaini ini sinonim dengan selebriti.

“Kami faham kebanyakan orang kita menjadikan selebriti kegemaran mereka sebagai rujukan dalam berfesyen termasuklah untuk membeli baju raya. Jadi, inilah waktunya untuk kami meraikan pelanggan kami dengan menghadiahkan mereka stail yang sama level dengan selebriti terkenal tapi pada harga mampu milik,” katanya.

Menariknya tahun ini, setiap muses yang dipilih turut dijemput menjadi affiliate RR yang mana mereka boleh mempromosikan koleksi Raya RR ini bersama pengikut mereka menerusi media sosial masing-masing.

Setiap koleksi yang terjual membolehkan mereka menikmati peratusan keuntungan yang akan dikongsi RR.

Menurutnya, sebanyak hampir 100 rekaan baju kurung dan kurta bercetak dilancarkan dengan setiap satunya diwakili setiap selebriti terbabit.

Koleksi kali ini menawarkan rencam gaya yang boleh dipilih mengikut personaliti dan kesesuaian RR Royalties dengan cetakan motif daripada pelbagai inspirasi klasik dan kontemporari.

Koleksi Raya RR 2024 ini dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 melalui pembelian secara dalam talian di www.rrbyrizmanruzaini.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Sun, 12 Oct 2025

Kekal Bergaya! 20 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Rizman Ruzaini ‘Takluk’ KLCC

Butik flagship RR by Rizman Ruzaini dibuka di Suria KLCC.

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

FESYEN Tue, 6 Feb 2024
FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
error: Content is protected !!