Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin February 22, 2024 @ 11:18am

Helaian Mewah Lengkapkan Syawal Dalam Rizman Ruzaini Raya 2024 Couture & Capsule Collection

Rekaan Raya yang sentiasa ditunggu, menantikan apakah trend Syawal yang dibawakan Rizman Ruzaini untuk koleksi Couture dan Capsule Raya 2024 ini? Penantian itu pastinya berbaloi buat pengikut setia mereka apabila helaian yang dipertontonkan kepada umum pada acara yang berlangsung baru-baru ini ternyata membawa penggemar larut dalam gaya mewah menawan dan setiap satu rekaan menyerlahkan identiti Rizman Ruzaini.

Mengimbas kembali momen gemilang Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week yang disertai mereka tahun lalu, maka koleksi Raya 2024 Couture Collection ini mengadaptasi semula koleksi Musim Bunga/Panas 2024 yang diketengahkan di sana.

Berinspirasikan kisah Seri Gumum – cerita rakyat tentang seekor naga yang pernah menjelajah perairan gelap Tasik Chini yang indah.

Tintaan manik, perincian batuan Swarovski dan labuci yang mempesonakan dilhamkan daripada sisiknya yang kemilau, manakala warna utama yang dipilih adalah daripada rona kebiruan, hijau, jingga gelap, perang, kekelabuan.

Dan, warna signatur Rizman Ruzaini, hitam pekat untuk menitipkan elemen ketenangan, beridentiti yang disesuaikan untuk gaya Lebaran yang anggun dan mempesona. Penggunaan material seperti Krep and Sifon memberikan potongan kurung ini terletak sempurna dan tampak mahal.

Selain seleksi Couture Collection tersebut, untuk tahun ini, Rizman Ruzaini turut menampilkan Raya 2024 Capsule Collection. Berbeza dengan Couture Collection, helaian untuk koleksi Capsule ini lebih bersifat effortless, simple dengan mainan renda, krep bersama potongan anggun dan malar segar yang sememangnya menjadi DNA Rizman Ruzaini selama ini.

Rekaan ini dicipta bersesuaian untuk wanita moden hari ini yang mahukan gaya tradisi dengan sentuhan kontemporari yang boleh digayakan lebih dari sekadar ‘baju raya’.

Bagi koleksi ini, Rizman Ruzaini telah melantik selebriti dan pempengaruh terkenal, Azira Shafinaz sebagai muse mereka.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, pemilihan dibuat atas beberapa faktor yang dirasakan bertepatan dengan imej label Rizman Ruzaini itu sendiri.

Azira seorang figura yang punya kecantikan tersendiri, berbakat besar sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara, sukses dan lambang wanita moden bercitarasa tinggi dengan jumlah pengikut lebih 1.2 juta di Instagram yang pastinya menjadikan beliau inspirasi ramai wanita di luar sana.

Semua koleksi ini boleh mula dilihat mulai 21 – 24 Febuari dari jam 10 pagi – 10 malam di Chairman Suite, JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Atau hubungi talian +601 25156317 untuk sebarang janji temu atau pertanyaan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 23 Aug 2018

Petua Sarung Kasut Baru

Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna- ini adalah di antara petua orang lama yang dikongsikan dan masih ada yang pratikkannya. Relevan ke lagi atau apa kata cuba tips moden pula?

FESYEN Thu, 5 Sep 2019

Starting Off Fresh With New Kicks from adidas X AriZona Iced Tea

adidas Originals and AriZona Iced Tea collab lets you stand out by looking fresh, succulent and vivacious; just like the tea!

FESYEN Fri, 8 May 2026

Bila Keselesaan & Gaya Moden Berpadu Dalam Helaian Eksklusif Variante

Dalam dunia fesyen hari ini, wanita moden bukan sahaja mencari pakaian yang cantik dipandang, tetapi juga rekaan yang praktikal dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Gaya hidup yang semakin pantas menjadikan pilihan fesyen lebih cenderung […]

FESYEN Mon, 7 May 2018

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan pereka fesyen ini.

Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
FESYEN Mon, 19 May 2025

Pelukis Terkenal Tempatan Janggutbear Jalin Kolaborasi Bersama Rip Curl

Jenama surfwear ikonik, Rip Curl, memperkenalkan koleksi kapsul t-shirt edisi terhad yang menggabungkan gaya hidup pantai dengan elemen seni dan ekspresi urban melalui kolaborasi terbaharu bersama pelukis tempatan terkenal, Janggutbear. Koleksi ini, kini boleh didapati […]

FESYEN Mon, 3 Feb 2025
FESYEN Thu, 28 Mar 2024

Comelnya Sampul Duit Raya! Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo Unik, Siap Ada Filter AI Kad Raya!

Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan imaginatif untuk kempen raya eksklusif tahun ini. Kerjasama ini bertujuan untuk menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan […]

error: Content is protected !!