Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin October 17, 2024 @ 12:56pm

Teruskan Sokongan Kepada Dunia Seni Tempatan, Rip Curl Berkolaborasi Clogtwo Lancar Sol Collection

Rip Curl Malaysia dan Rip Curl Singapura dengan bangganya mempersembahkan fasa terkini program Rip Curl Artist Of The Search yang dilancarkan sejak 2022 bagi menyokong perkembangan seni tempatan melalui kolaborasi bersama artis-artis berbakat dari kedua-dua negara.

Program ini memberi peluang kepada artis tempatan untuk menghasilkan karya seni yang kreatif dan unik yang kemudiannya diabadikan dalam koleksi t-shirt eksklusif untuk pasaran umum.

Terbaharu, Rip Curl Artist Of The Search memperkenalkan kerjasama baharu bersama artis terkenal Clogtwo melalui pelancaran Sol Collection.

Sebagai peneraju dalam produk gaya hidup pantai dan meluncur di Malaysia serta Singapura, Rip Curl kini berkolaborasi dengan Eman Raharno Jeman, atau lebih dikenali sebagai Clogtwo, seorang artis yang tersohor.

Koleksi terbaharu, Rip Curl X Clogtwo: Sol Collection, menggabungkan kreativiti dan semangat budaya meluncur, mencerminkan daya imaginasi yang tinggi dan dinamik seni kontemporari.

“Kami berbesar hati menerima Clogtwo dalam projek Rip Curl Artist Of The Search. Gaya seni beliau yang unik sejajar dengan nilai teras Rip Curl seperti keseronokan, kreativiti, keaslian dan sentiasa relevan dengan perkembangan masa,” ujar Moe Faisal selaku Pengurus Pemasaran Rip Curl.

Sol Collection menampilkan dua reka bentuk t-shirt eksklusif yang meraikan kebebasan, kreativiti, imaginasi, dan semangat pengembaraan.

Rip Curl X Clogtwo Sol Collection akan tersedia pada Oktober 2024 untuk masa terhad di cawangan-cawangan Rip Curl terpilih dan secara dalam talian di ripcurl.com.my. Ikuti perkembangan pelancaran rasmi di Instagram @ripcurlmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

FESYEN Fri, 13 Dec 2019

Top 5 Collaboration Shoes That You Might Want To Look For In 2020

They say new year, new me; but why not new year, new kicks?

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

FESYEN Mon, 16 Feb 2026

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Suasana persiapan Raya mula terasa hangat.

FESYEN Fri, 16 Aug 2019

Malaysian’s Sweethearts Zahirah Macwilson And Aiman Hakim Tells It All On E!News

Malaysian’s Sweethearts  Zahirah Mac Wilson and Aiman Hakim are set to tie the knot next year, making their fans go.. The two initially met on the set of “Curi Curi Cinta” drama and what started […]

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!