Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 2:00pm

Hael Husaini Tampil Dengan 2 Lagu Hit ‘Peluk’ & ‘Alangkah’ Karya Sarat Emosi Buat Peminat

Penyanyi, komposer dan storyteller terkenal tanah air, Hael Husaini sekali lagi berjaya mencuri perhatian apabila muncul dengan dua single terbaharu berjudul ‘Peluk’ (duet bersama Nadeera) dan ‘Alangkah’ di bawah terbitan Rocketfuel Entertainment.

Menariknya, kedua-dua lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi, malah turut dipilih sebagai original soundtrack (OST) untuk dua drama popular terbitan Astro.

Bercerita lanjut mengenai ‘Peluk’, Hael berkata, lagu ini adalah sebuah karya yang begitu dekat di hatinya kerana ia mencerminkan realiti yang dilalui ramai pasangan pada hari ini.

“Saya percaya ramai yang melalui fasa hubungan LDR, tidak kira kerana kerja, pelajaran ataupun keadaan hidup. Lagu ini saya tulis sebagai bingkisan rasa rindu, dan saya mahu ia menjadi teman buat sesiapa yang merasainya.

“Bagi saya, kadang-kadang rindu itu pahit, tapi dalamnya tetap ada keindahan,” katanya.

Lebih menarik, ‘Peluk’ turut menyaksikan gandingan semula Hael bersama Nadeera selepas kejayaan lagu Raya mereka sebelum ini berjudul Meriah Lain Macam.

“Saya senang bekerja dengan Nadeera. Dia seorang penyanyi yang sangat jujur dalam menyampaikan emosi. Bila saya dengar vokal beliau dalam lagu ini, saya yakin Peluk menjadi lebih hidup, dan lebih manis. Gandingan kami saling melengkapi,” ujar Hael.

Manakala, bagi Nadeera, peluang untuk berduet dengan Hael adalah pengalaman paling berharga untuknya.

“Saya sangat bersyukur bila Hael mengajak saya untuk sama-sama menjayakan Peluk. Bagi saya, lagu ini bukan sekadar tentang cinta jarak jauh, tapi tentang kasih yang tetap utuh walaupun diuji.

“Hael banyak memberi tunjuk ajar, dan saya rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyumbangkan suara dalam karya seindah ini,” kongsi Nadeera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Jika ‘Peluk’ membawa kehangatan rindu, lagu ‘Alangkah’ pula tampil dengan sisi melankolik tentang cinta mendalam yang tidak kesampaian.

Bahkan, lagu ini juga turut dijadikan lagu runut bunyi bagi drama lakonan pelakon popular, Meerqeen dan Qasrina Karim.

“Saya hasilkan lagu ini ketika saya sendiri melihat pengalaman orang-orang yang terdekat dengan saya. Ada cinta yang mereka mahu, tapi tidak semua berakhir seperti yang diimpikan.

“Lagu ini saya tulis dengan hati terbuka, kerana saya percaya dalam setiap kepedihan ada sesuatu yang indah untuk dikenang. Itulah mesej yang saya mahu sampaikan,” kata Hael.

Selain mengangkat melodi galau, lagu ini berjaya menonjolkan sisi reflektif Hael sebagai seorang pengkarya yang sentiasa mencari keseimbangan antara keindahan dan kesedihan dalam muziknya.

“Peluk mungkin jadi penguat untuk yang merindui, manakala Alangkah pula jadi teman untuk mereka yang diuji cinta.

“Kalau lagu-lagu ini mampu jadi sebahagian daripada cerita hidup pendengar, itu sudah cukup membahagiakan saya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Sun, 24 Dec 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Sun, 6 May 2018

Artis Wanita Popular Ini Disyaki Miliki Dadah

Susulan penemuan itu, kakak kepada dua pelakon popular itu diarah menjalani ujian kencing namun saringan awal yang dijalankan mendapati ia negatif dadah.

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol” – Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Bawa Keluarga Pembantu Rumah Rai Krismas Di Kuala Lumpur

Kata Intan, dia sudah menjangkakan akan menerima pelbagai reaksi, termasuk komen negatif.

Featured Fri, 26 Jun 2020

Ketahui jumlah kalori dan lemak setiap bahagian potongan ayam

Pilih bahagian yang beri nutrisi berkhasiat

Featured Tue, 16 Dec 2025

“Tahajjud Is Really Works On Me” – Aprena Manrose Titip Pesan Buat Individu Terpalit Masalah Hubungan

Pelakon Aprena Manrose menitipkan kata-kata penuh makna kepada individu yang sedang berdepan ujian dalam hubungan.

error: Content is protected !!