Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 12:05pm

“Kawan-Kawan Yang Hilang & Tak Lagi Bersama Saya Adalah Berkat Dari Doa Yang Allah Kabulkan” – Fazura

Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura akhirnya menjawab persoalan mengenai hubungan bersama teman-teman rapatnya sebelum ini yang dilihat sudah tidak lagi bersama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata, dia berkawan bukanlah untuk bermusuh atau mencipta perbalahan sebaliknya sentiasa menjaga hubungan tersebut dengan ikhlas.

Bagaimanapun, Fazura atau lebih mesra disapa Faz mengakui, tidak semua hubungan akan berkahir dengan apa yang diharapkan.

“Sudah tentu tak ada siapa dalam dunia ni yang nak hilang kawan betul tak? Macam saya sendiri naturally saya memang suka ramai-ramai. Saya yang akan selalu organize, gathering ramai-ramai sebab saya suka tengok mereka happy … Jadi,  adakah dalam dunia ini yang berkawan nak bergaduh ada tak? Tak ada.

“Semua yang berkawan tu nak sampai bila-bila mudah-mudahan. Tapi kita tak tahu hati orang, Allah mungkin nak tunjuk pada saya. Tapi saya nak beritahu, yang saya ni bukanlah seorang yang sempurna, saya ada kelemahan saya, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, saya juga tidak sempurna mungkin ada silapnya.

“Tapi pada Faz, saya selalu doa semoga Allah lindungi kita daripada manusia-manusia yang berniat tidak baik, manusia yang berhawa nafsu syaitan, manusia yang ada hasad dengki, tak ikhlas, itu doa untuk diri kita.

“Jadi pada Faz, siapa yang menjauh sekarang dan yang tak ada tu, itu ternyata adalah dari doa-doa saya yang Allah makbulkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Mengulas lanjut, Faz juga mengakui sedikit terkejut dengan apa yang berlaku terhadap hubungan yang selama ini baik namun, reda di atas ketentuan Allah.

“Sebelum ni bila terjadi benda-benda ni saya wonder juga, apa silap saya? Kenapa macam ni? Tapi kena ingat balik, itu adalah doa-doa kita pada Allah. Jadi bila jadi tu, itu adalah apa yang Allah berikan. Jadi kena bersyukur.

“Tapi, untuk jawab apa yang berlaku macam ni cerita dia. Saya sejujurnya sangat supportive sebagai kawan dan saya akan buat apa sahaja untuk kawan-kawan saya. Kalau kawan-kawan saya dianiaya orang atau sedih… saya akan jadi orang pertama yang kedepan untuk defend kawan-kawan. Dan saya akan buat apa sahaja untuk tolong kawan dan sebagainya,” jelasnya.

 

Mengaku sedih, ibu anak satu ini bagaimanapun mendedahkan, disaat titik terendahnya, kawan-kawan yang pernah dianggap sebagai adik sendiri hilang tanpa sebarang pesan.

“Tapi disaat titik terendah saya, 9 bulan ni mereka hilang. Dan siapa yang saya selalu ada untuk mereka dan sayang macam adik sendiri pun, mereka tak ada.

“Tak ada reach out to me pun. A simple whatsApp pun tak ada. Patutnya, mereka-merek ni lah yang akan always be there for me tapi semua lari. Semua tak ada.

“At least a simple whatsApp atau mesej reach out to me tanya khabar… Tapi semua tu tak ada. Dan banyak juga pengkhianatan.

“Sebagai manusia biasa saya sedih dan kecewa tapi at the end of the day, saya percaya apa yang jadi itu adalah doa-doa saya yang dimakbulkan Allah. Wallahualam kita tak boleh baca hati manusia kan tapi mungkin mereka bukan yang terbaik untuk saya.

“Dan saya memang kecilkan circle saya sekarang, dan siapa yang ada sekarang adalah mereka yang bukan nak ada waktu senang je tapi susah juga, kita kalau nak tengok  orang kita kena tengok mereka yang stay bukan diwaktu gilang gemilang sahaja tetapi di waktu berdepan dengan ujian yang Allah turunkan,” ujarnya.

@fazura.sharifuddi2 Kawan2 Yang Menjauh & Tidak Lagi Bersama Itu Berkat Doa Faz Yang Dimakbulkan #fazura #fyp #fypage #foryou #foryoupage ♬ original sound – Fazura Sharifuddin

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 May 2026

Syifa Melvin Bidas Dakwaan Bukan Menantu Pilihan, Tegas Hubungan Dengan Mentua Baik Sejak Sebelum Kahwin

Syifa menegaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan ibu mentuanya

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Pertaruhan Antara Duniawi Dan Akhirat Dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf

Saksikan pertaruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf..

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Trending Fri, 23 Feb 2018

Government Scheme Allows Mummies to Claim RM1,000 on Breastfeeding Equipment

Good news for all new mothers and mothers-to-be!

Events Tue, 27 Nov 2018

#SisCuba : Berjayakah Tiga Gadis Cantik Ini Tembusi Pasaran Antarabangsa?

Jangan lupa janji temu korang malam ni bersama Sunsilk #SisCuba tau!

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Dakwaan Disogok RM5 Juta, Polis Bakal Rekod Keterangan Farid Kamil

Pihak Polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

error: Content is protected !!