Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 3:34pm

Kael Dedah Pernah Hidup ‘Terbuang’, Ibu Alami Masalah Mental & Sempat Tinggal Di Rumah Tumpangan

Penyanyi dan pelakon, Kael mengakui kejayaan yang diraihnya hari ini adalah berkat dari kerja keras dan semangat yang tidak pernah luntur hasil daripada pengalaman hidupnya.

Kata Kael ketika ditemui XTRA pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul, Angkasa yang di adakan di hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini, sejak dia berusia sembilan tahun lagi, dia telah dibesarkan di sebuah pusat perlindungan Yayasan Sunbeam Home, Kuala Lumpur.

Mengakui perjalanan hidupnya bagaikan kisah sebuah drama, Kael menjelaskan kehidupannya itu mula berubah selepas ibunya mengalami masalah kesihatan mental dan kemudian melarikan diri sehinggalah pada akhirnya dia telah dijaga oleh bapanya.

“Saya tak tahu apa-apa pad aketik aitu mungkin dia sedang mempunyai masalah kewangan. Masa tu saya dibiarkan seorang diri tidur di perhentian bas, saya ingat lagi tempat itu adalah Petaling Street.

“Ketika itu, saya tidur di sana seorang diri sehinggalah bapa dan ibu tiri saya datang ambil dua minggu kemudian.

“Kami juga selalu bertukar motel dan kemudian dihalau orang. Kemudian, bila kejadian sering berlaku berulang kali, saya ditinggalkan seorang diri. Bapa tak pulang-pulang.

“Bila pemilik motel itu halau saya, saya ingat lagi saya boleh tidur beralaskan kotak dan tilam nipis selama hampir setahun,” katanya.

Berkongsi lanjut, Kael memaklumkan, kehidupannya itu mula berubah selepas bertemu dengan seorang wanita yang kemudian mengambilnya sebagai anak angkat.

Namun, peluang untuk tinggal lebih lama bersama keluarga angkat itu tidak kesampaian selepas mereka berdepan konflik kewangan dan dia terpaksa dihantar ke rumah anak yatim sehinggalah berusia 17 tahun.

“Wanita itu selalu makna di bawah motel saya, dia bawa saya berjumpa rakannya dan dia selamatkan saya.

“Rakannya itu kemudian bawa saya balik dan jadikan saya anak angkat.

“Sampia hari ini saya sangat berterima kasih kepada individu berkenaan kalau dia tak ada saya tak akan tinggal dan pergi ke rumah anak yatim,” jelasnya.

Justeru, tidak melihat pengalaman hidupnya sebagai beban, Kael atau nama lengkapnya, Michael Lean Chien Er Er mengabadikan kisah kehidupannya itu dalam lagu terbaharunya ‘Angkasa’.

Lagu Angkasa adalah sebuah karya yang sangat peribadi, yang menggambarkan perjalanan seni Kael serta segala cabaran yang ditempuhnya dalam tempoh 12 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Angkasa yang merupakan single kesembilan Kael merupakan simbolik kepada transformasi jenama penyanyi itu sebagai artis sekali gus menampilkan cerita tulus tentang keberanian menzahirkan emosi, semangat dan dedikasi yang autentik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Sambut Hari Lahir, Kenapa Zain Tak Ikut Isteri Ke London?

Sambutan hari lahir Che Ta akan dibuat di sana. Tentu meriah kan? Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 45, keberangkatan mereka kali ini agak berbeza.

Featured Thu, 25 Feb 2021
Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Featured Mon, 30 Mar 2026

Netizen Dakwa Syed Saddiq & Bella Astillah Tak Sekufu, Sesuai ‘Couple’ Dengan IQ Level Artis… Syed Salleh Tampil Backup – “Perbezaan IQ Tak Tentukan Keserasian”

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna media sosial mendakwa Bella kononnya tidak sepadan atau ‘tidak sama level’ untuk menjalinkan hubungan bersama Syed Saddiq.

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

error: Content is protected !!