Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 3, 2025 @ 8:57pm

“Tak Faham Kenapa Umisya Dikecam? Kalau Nak, Kecam Saya” – Aslam ‘Backup’ Isteri Pertama

Suami kepada pempengaruh yang juga menantu kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Ahmad Aslam mencuri perhatian selepas sepotong video pendek memperlihatkan dirinya dan isteri pertama, Umisya Mazlan tular.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Aslam dan Umisya kelihatan sedang melakukan sesi siaran langusng sambil mempromosikan produk tudung keluaran mereka.

Bagaimanapun, Umisya yang bertindak membaca komen pengikutnya itu memaklumkan kepada suaminya mengenai pendapat netizen terhadap rumah tangga mereka.

Sedar dengan komen yang diberikan, Aslam bagaimanapun tampil mempersoalkan kenapa netizen mengecam isteri pertamanya itu kerana menurutnya individu yang layak menerima kecaman dan kritikan adalah dirinya.

“Saya pun tak faham kenapa Umisya dikecam? Kecamlah saya. Kenapa awak kecam Umisya? Untuk apa?

“Kalau  nak kecam, kecam saya,” katanya.

Terdahulu, Abby Abadi mendedahkan anak perempuannya, Marissa Dania nekad mahu keluar daripada perkahwinannya bersama Aslam.

Menerusi sesi siaran langsung yang telah disunting semula ke platform Threads, Abby atau pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan dia sudah mempunyai perancangan untuk menyelamatkan anaknya namun Marissa memerlukan sedikit masa.

Tidak habis disitu, Abby juga memberi gambaran bahawa anaknya itu kini berada dalam hubungan rumah tangga yang agak rumit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Oct 2025

“Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati” – Erma Fatima

Erma Fatima berkongsi pandangan penuh makna mengenai erti sebenar cinta sejati, yang disifatkannya sebagai pinjaman daripada Allah SWT.

Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja […]

Trending Sat, 5 Feb 2022

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, […]

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

30 Mei 2026 Tarikh Baharu Konsert ‘For You’ Nourul

Konsert For You Nourul yang bakal berlangsung di Zepp KL dijadualkan semula pada 30 Mei 2026.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Altimet Nafi Serang Malique?

Namun menurut Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman beliau menafikan bahawa single terbarunya yang berjudul  Mambang ini ada kaitan dengan Malique

Kes Mahkamah Wed, 6 Dec 2023
Events Fri, 15 Aug 2025
error: Content is protected !!