Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2025 @ 4:58pm

Isu Cemar Imej Sukan Muay Thai, Amir Nafis Setuju Pendapat Johan Ghazali – “Pempengaruh Yang Rasa Diri Fighter & Nak Kalahkan Semua Orang Itu Jadi Masalah”

Pelakon, Amir Nafis berpendapat adalah wajar untuk jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo, bersuara mengenai sikap segelintir pempengaruh yang didakwa mencemarkan nama baik sukan tersebut.

Kata Amir ketika ditemui XTRA, dia mengakui pempengaruh juga sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam mempromosikan sukan tinju dan Muay Thai.

“Sebenarnya benda ini di luar negara pun berlaku. Ada peninju sebenar yang marah kepada pempengaruh yang mahu masuk ke dunia tinju.

“Tapi dalam masa yang sama, bila kita tengok pempengaruh-pempengaruh ini buat sukan tersebut, mereka menaikkan nama sukan tu juga.

“Malah, ia turut menggerakkan ekonomi industri Muay Thai atau industri tinju. Bagus je kalau mereka membantu menaikkan sukan ni,” katanya usai majlis tayangan perdana filem ‘ParaXnormal’.

Mengulas lanjut, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga itu menjelaskan, sebagai anak kepada seorang guru silat, dia menitipkan pesanan agar pempengaruh tidak menjadikan tinju sekadar pentas untuk menunjuk-nunjuk.

“Cuma, kalau ada pempengaruh yang rasa dirinya memang fighter sebenar dan nak kalahkan semua orang, itu yang jadi masalah.

“Tapi kalau tujuan mereka untuk lebih mendedahkan sukan ini kepada masyarakat, itu akan memberi kebaikan juga untuk fighter profesional,” jelasnya.

Terdahulu, Johan Ghazali menyorot perhatian ramai selepas meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pempengaruh yang didakwa mencemarkan imej Muay Thai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Trending Thu, 18 Jul 2019

Thousands of Fans Sent Hilarious Audition Tapes Right After Harry Styles Rumoured to Play Prince Eric in the Coming “The Little Mermaid”

Twitter immediately went wild with thousands upon thousands of hilarious audition tapes as soon as the rumour of Harry Styles to play as Prince Eric in the Disney’s upcoming live-action remake of “The Little Mermaid”

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Bergandingan Dengan Zaidi Omar, Aizat Saha Bawa Watak Penuh Emosi Dalam Filem Pendek ‘Tok Babah’

Tok Babah merupakan sebuah naskhah yang menyentuh emosi mengenai kehilangan insan tersayang.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

Joe Flizzow, Marini Nikah April 2020

Mr. President dah pilih calon!

Featured Wed, 24 Mar 2021

Sekolah Di Kota Bharu Ditutup Selepas 11 Guru dan 1 Orang Murid Positif Covid-19

Seramai 11 guru dan seorang murid yang dipercayai positif Covid-19 menyebabkan sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussain. Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang […]

Hiburan Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!