Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2025 @ 3:18pm

Noryn Aziz Hadiahkan Peminat Dengan Single Terbaru ‘Kaki Kiriku’ & Showcase Istimewa 19 September Ini!

Sebagai penghargaan kepada peminat yang tak henti menyokong, penyanyi Noryn Aziz kembali menghadirkan dua kejutan istimewa buat penggemarnya.

Selain melancarkan single terbaharu berjudul Kaki Kiriku, Noryn juga bakal mengadakan showcase eksklusif This Is Noryn Aziz pada 19 September 2025 di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur.

Selepas sekian lama tampil dengan balada, kali ini Noryn membawa kelainan dengan sebuah karya Jazz Joget Revival yang menggabungkan jazz klasik, joget tradisional dan sentuhan Parisian jazz.

Lagu ciptaan Reza Salleh bersama Hin Ee Jeng ini dianggap segar dan meraikan bahasa serta budaya tempatan.

“Single ini bukan sekadar lagu, tetapi sebuah misi kecil untuk mengangkat keindahan bahasa Melayu dan warisan budaya melalui muzik,” kata Noryn yang bertindak sebagai Eksekutif Produser.

Keunikan Kaki Kiriku terletak pada penggunaan tongue twister Melayu yang mencabar kepetahan lidah, menjadikan lagu ini lebih catchy dan mudah diingati.

“Ramai yang tersasul bila cuba lirik ini dan memang itu yang saya mahu. Saya mahu generasi baharu tahu bahawa bahasa kita menyeronokkan, penuh ritma dan jenaka,” tambahnya.

Tidak hanya muncul dengan single baharu, Noryn turut bersedia mendekatkan dirinya dengan peminat melalui persembahan berskala intim, This Is Noryn Aziz Showcase.

Acara yang berlangsung pada 19 September 2025 itu akan membawa penonton menyelami perjalanan muziknya dari awal karier hingga karya terbaharu.

“Ini lebih daripada sebuah konsert. Ia adalah kisah saya melalui muzik. Satu penghormatan kepada cinta, pertumbuhan, warisan dan segala yang menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.

Showcase ini dibahagikan kepada dua babak utama. Babak pertama menampilkan sisi jazz dan soul dengan lagu-lagu asal seperti Fantasi Realiti, Alam Maya serta single baharu Kaki Kiriku. Babak kedua pula meraikan suasana R&B bersama penyanyi undangan yang akan diumumkan kemudian.

Dengan hanya 500 tempat duduk eksklusif, acara ini menjanjikan pengalaman intim yang menggabungkan muzik secara langsung, penceritaan peribadi dan visual artistik.

“This Is Noryn Aziz bukan sekadar persembahan muzik. Ia adalah cerminan siapa saya sebagai seorang penyanyi, wanita dan anak Malaysia. Saya mahu jazz berbunyi seperti kita, dengan bahasa kita, ritma kita dan jiwa kita,” kata Noryn.

Untuk peminat setia, persembahan ini pastinya menjadi malam yang penuh makna serta peluang merasai keindahan vokal Noryn secara lebih dekat.

Tiket This Is Noryn Aziz Showcase – A One Night Journey of Timeless Music and Soulful Celebration yang bakal diadakan di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Jumaat, 19 September 2025 ini boleh dibeli menerusi pautan https://tickethotline.com.my/.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Miliki Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Pada Harga RM1899 Dan RM 1249

Lanjutan daripada pengumuman rasmi Huawei Nova 3 dan Nova 3i untuk pasaran China semalam, hari ini, Huawei Malaysia membawakan kedua-dua peranti tersebut untuk pasaran tempatan. Pada majlis perasmian yang berlangsung bertempat di Lightbox, Sungai Buloh, Huawei Malaysia telah memperkenalkan […]

Hiburan Tue, 27 Aug 2024
Featured Wed, 15 Mar 2023
Trending Sun, 4 Mar 2018

Akauntan Ditipu Sindiket Pinjaman Wang Dari Facebook

Akibat terlalu mudah percaya terhadap iklan pinjaman wang di Facebook, seorang akauntan berputih mata dan menanggung kerugian sebanyak RM132,120 selepas ditipu sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud. Menurut sumber, kejadian itu bermula pada awal […]

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Baru Episod Pertama, Saya Sudah Buat ‘Sangkak’’- Pengarah Nur 2 Mohon Maaf

Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Sudahlah amalan saya tak banyak mana…

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

error: Content is protected !!