Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 4, 2018 @ 4:18pm

Akauntan Ditipu Sindiket Pinjaman Wang Dari Facebook

Akibat terlalu mudah percaya terhadap iklan pinjaman wang di Facebook, seorang akauntan berputih mata dan menanggung kerugian sebanyak RM132,120 selepas ditipu sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud.

Menurut sumber, kejadian itu bermula pada awal bulan ini apabila mangsa, seorang wanita berusia 30 tahun, melihat iklan pinjaman wang dari Syarikat Gold Finance Group berpejabat di Jerantut, Pahang melalui laman sosial Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki bernama Mr Miao Sheng dan dia bersetuju membuat pinjaman berjumlah RM17,000.

“Mr Miao beritahu pinjaman akan diluluskan tetapi perlu membuat bayaran pemprosesan bagi mendapatkan wang pinjaman berkenaan.

“Bermula 10 Mac lalu hingga semalam, mangsa melakukan 21 transaksi tunai membabitkan tiga nombor akaun CIMB,” katanya.

Beliau berkata, kesemua transaksi ini dilakukan di kawasan Jerantut dengan menggunakan mesin deposit tunai (CDM), mesin teller automatik (ATM) dan pembayaran melalui perbankan dalam talian.

“Jumlah pembayaran yang dibuat mangsa berjumlah RM132,120 dan kali terakhir mangsa berhubung dengan Mr Miao, dia disuruh memasukkan wang berjumlah RM17,860.00.

“Namun mangsa tidak memasukkan wang berkenaan dan berasa telah ditipu oleh individu itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut,” katanya lagi.

Menurut beliau, modus operandi sindiket ini adalah memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman wang tidak wujud dan mendorongnya untuk membuat pelbagai bayaran sehingga melibatkan kerugian.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi memburu suspek yang terlibat dan saya harap kesedaran daripada masyarakat supaya tidak mudah melakukan pinjaman wang tanpa merujuk ke pihak yang berkenaan,” ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

Tular di media sosial mengenai kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Berita tersebut mulai tular apabila kisah itu dikongsikan oleh Mona Din yang juga seorang usahawan di laman Facebook beliau. […]

Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Trending Mon, 6 Jan 2020
Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Wed, 31 Jan 2018

Cikgu-Cikgu Dah Tuntut Pencen ke Belum?

Panggilan untuk semua pesara guru di Malaysia! Ini kerana kira-kira RM13.6 juta dalam tabung pencen pesara guru masih belum dituntut sejak 2007.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan

Menurut Ameera, bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Mon, 8 Dec 2025
error: Content is protected !!