Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 2:30pm

Momen Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk & Nenek Bikin Netizen Sebak – “Yang Membesar Dengan Mereka Je Faham Perasaan Ni”

Perkongsian pelakon dan pengacara, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann pulang ke kampung halaman bertemu datuk dan neneknya sebelum berhijrah ke luar negara mencuri perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Janna dan Dini sempat meluangkan masa bersama kedua-dua insan tercintanya itu sambil menikmati hidangan yang disediakan.

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kami berhijrah ke luar negara.

“Sebelum kita pindah jauh dari sini nak ucap selamat tinggal tapi bukan untuk selamanya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Janna juga memaklumkan, neneknya yang disapa Tok sudah tidak larat untuk  menyediakan pelbagai jenis makanan dek kerana kudrat yang tidak mengizinkan.

Manakala, datuknya (panggilan Tok Wan) pula mengalami masalah kesihatan sejak sebulan lalu sehinggakan terpaksa di rawat di hospital.

“Tok cakap, dia dah tak larat nak masak tapi still degil nak masak juga.

“Setiap kali balik, Tok tetap nak sediakan pinggan walaupun dia tahu cucu dia boleh ambil sendiri. Nak cedok nasi sendiri pun tak bagi.

“Lepastu mengadu segan dapur dah usang. Dulu lauk pauk atas meja, sekarang tok dah tak larat , tak ada kudrat lagi tapi rasa tetap sama.

“Tok wan pula excited setiap kali cucu dia balik perangai Dini sama macam tok wan  suka berkemas, tapi tokwan dah tak larat dah.

“Setiap kali saya nak balik, dia akan menangis.Terima kasih wan dan tok ajar angah apa tu erti kasih sayang yang sebenar,” jelasnya.

@jannanickofficial Semoga Allah panjangkan umur tok & wan #movingabroad ♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat momen-momen yang dikongsikan Janna bersama datuk dan neneknya.

Malah, ramai yang menyifatkan hanya mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek sahaja memahami perasaan seeprti yang dialami Janna.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Hebat! Pesanan Ayahanda Dapat Sentuhan Lima Komposer

Muzik video Pesanan Ayahanda boleh mula ditonton bermula 31 Januari 2019. Dengarnya ada kemunculan seseorang istimewa, siapa tu agaknya?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》1214办造势活动!

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》1214办造势活动!曾潍山、刘界辉、车志立、小晴儿及陈势安将现身,力挺造势活动与粉丝近距离互动。

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Trending Wed, 17 Mar 2021

Kompaun RM1,500 Bagi Individu Langgar SOP Dengan Kesalahan Kecil

Kompauan adalah muktamad mengikut kesalahan!

Hiburan Wed, 11 May 2022
error: Content is protected !!