Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 13, 2019 @ 10:00am

Kenal pasti jenis-jenis ‘Scam’ yang telah berjaya memperdaya ribuan rakyat Malaysia

Konspirasi dan penipuan dalam talian atau kegiatan scam semakin berleluasan sehingga berjaya memperdaya orang ramai dan ianya berlaku di seluruh dunia.

Pendekatan yang menggunakan taktik licik dan kreatif itu membuatkan kita hampir 100 peratus percaya dengan janji-janji manis yang diucapkan. 

Pelbagai cara dan modus operandi digunakan kumpulan tidak bertanggungjawab ini untuk ‘memerah’ duit anda sehingga jatuh muflis! 

Sebelum anda menjadi antara mangsa mereka, ketahui beberapa jenis penipuan yang paling popular pernah dialami oleh rakyat Malaysia dan mungkin anda sendiri pernah melaluinya atau setidak-tidaknya menerima  mesej termasuk panggilan daripada scammer durjana! 

 

1. Komplot atau scam tawaran pembiayaan kewangan yang mudah dan cepat

Scam ini biasanya menjerat anda yang memerlukan wang dengan kadar segera. Contohnya, bagi anda mendapatkan pembiayaan kewangan sehingga RM100,000 anda perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan bagi permohonan pinjaman itu. 

Apabila memikirkan jumlah pinjaman dan kadar faedah yang sangat menarik, ada  langsung tidak berfikir panjang dan  memasukkan wang berkenaan.

Tetapi anda hanya akan menyedari ditipu apabila wang yang dijanjikan tidak muncul tiba dan nombor telefon yang anda berurusan pun sudah tiada dalam talian. Putih mata begitu sahaja.

Foto: Mobile Payments Today

2. Scam pemindahan wang oleh pegawai polis atau pegawai bank (Macau Scam)

Ini antara scam yang paling bahaya dan paling meyakinkan. Scammer juga sudah berani berlakon sebagai polis! Mereka  akan membuat panggilan secara rawak yang dikesan taliannya. 

Scam ini turut popular dengan nama ‘Macau Scam’ kerana biasanya didalangi sindiket yang berpengkalan di China.

Sebaik sahaja menjawab panggilan, anda akan berasa seolah-olah polis yang menelefon anda sama ada dari segi suara mahupun gaya pengenalannya yang sama seperti polis sebenar.

Mereka akan membuat panggilan dan mengatakan anda sedang berhadapan dengan satu kes polis dan perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes terbabit.

Ketika anda sedang panik dan keliru, biasanya mangsa akan terus membuat pemindahan wang tanpa membuat pengesahan sama ada anda benar-benar terlibat dalam mana-mana kes polis. 

Dalam peringatan video di atas, pihak polis tidak akan sama sekali meminta anda menjelaskan bayaran saman menerusi panggilan telefon.

Sama juga dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai bank. Penyamaran mereka memang hampir sama dengan pegawai bank yang sebenar. Pada mulanya mereka akan meminta nama penuh serta nombor kad pengenalaan anda. Secara perlahan-lahan mereka akan meminta nombor kad bank anda. 

Ketika anda sedang panik atau keliru, mereka akan meminta pula nombor CVC pada kad anda. Pada ketika itu, mereka akan meletak telefon dan wang anda di dalam akaun pun sudah licin.

Foto: Cointelegraph

 

3. Love scam

Cinta memang boleh melukakan bukan sahaja hati anda, malahan akaun bank. Love scam ini tersangat popular dan ianya sudah menarik mangsa dari seluruh dunia. 

Bagaimana scam ini boleh berlaku? Pertamanya mereka akan memikat anda supaya jatuh cinta dengannya menggunakan akaun profil palsu.

Selepas anda jatuh cinta, mereka akan mula meminta anda melakukan pelbagai perkara. Dalam kes ini, si lelaki itu kononnya telah menghantar barangan mewah ke Malaysia dan barang berkenaan kini berada di tangan ‘pihak kastam’.

Lebih meyakinkan apabila nombor telefon yang diterima pula adalah daripada jabatan kastam!

Memandangkan barang kemas yang dihantar bernilai ribuan ringgit, anda perlulah melunaskan bayaran ‘cukai’ terlebih dahulu sebelum bungkusan berkenaan diposkan kepada anda. 

Bila wang sudah diberi, lelaki berkenaan pun hilang mencari ‘cinta’ baharu. Cinta terlepas, wang pun lesap.

 

4. Scam pewaris harta/wang daripada pihak luar

Ini adalah antara scam terawal dan masih wujud sehingga kini. Anda akan menerima satu e-mel yang menyatakan anda adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu di luar negara yang tidak dikenali. Bukan sahaja anda tidak kenal nama berkenaan, wajah pemberi derma itu pun tidak pernah anda lihat.

Aktiviti scam ini bermula apabila terdapat individu yang menyamar sebagai bangsawan dari Afrika yang memperkenalkan dirinya dan memberitahu beliau mempunyai jumlah wang yang banyak.

Bagaimanapun, beliau kini memiliki sedikit kesukaran untuk membeli barangan atau membuat bayaran sekali gus ‘memohon pertolongan’ untuk menyelesaikan urusan beliau terlebih dahulu sebelum menjanjikan wang yang berlipat ganda kelak.

Masalah ini sering memperdaya mangsa kerana tawaran wang besar yang dijanjikan, selain modus operandi si pelaku yang seolah-olah meraih simpati.

Tahukah anda sudah lebih 1,000 kes penipuan wang atas talian yang memabitkan nilai RM72 juta direkodkan oleh pihak berkuasa? 

Jumlah itu hanya membabitkan kes yang berlaku di kawasan Lembah Klang!

Foto: ConsumerAffairs.com

 Sehubungan dengan itu, pihak CIMB Bank Berhad telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Kempen Anti-Scam PDRM-CIMB, Disember lalu lalu bagi meningkatkan kesedaran penipuan seumpama itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perkara yang paling ditekankan dalam kempen itu adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu tawaran atau panggilan itu adalah scam.

Antaranya, sekiranya tawaran berkenaan adalah terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, itu adalah scam.

Jika menerima panggilan daripada pihak polis pula, anda perlu bersemuka dengan mana-mana pegawai bank terlebih dahulu sebelum mereka menyambungkan talian kepada pegawai polis yang ditugaskan untuk sesuatu kes. Jadi anda hanya akan berurusan dengan pegawai polis yang sebenar dan bukannya scammer.

Suka untuk diingatkan, pihak polis tidak pernah dan tidak akan menghubungi suspek atau orang ramai melalui telefon untuk memaklumkan bahawa mereka melakukan kesalahan. 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Sakri 
Ariffin, berkata agensi awam atau pihak bank juga tidak akan menghubungi orang ramai untuk meminta sebarang bayaran atau pemindahan wang. 

Jika anda menerima panggilan telefon daripada pihak polis, letak sahaja telefon. Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan yang diterima supaya anda tidak menjadi mangsa scammer seterusnya. 

Sekiranya anda menerima panggilan yang meragukan, dapatkan khidmat nasihat daripada rakan atau keluarga untuk mengesahkan sama ada panggilan berkenaan benar ataupun satu penipuan.

Untuk tip tambahan berkenaan scam yang wujud di Malaysia, anda boleh membacanya di sini. Ingatlah pesanan daripada CIMB, “Beware, Be Aware, Stop the Scammers”.

 

Sumber: The Vocket

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 8 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Saya Bangga Dan Bersyukur Dengan Kulit Melayu Saya – Nabila Huda

Nabila berpendapat wanita tidak seharusnya obses menjadi putih. Sebaliknya cukup sekadar memilih kulit yang bersih dan sihat.

Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Nicole Kidman dilarang menghadiri perkahwinan anak lelakinya oleh bekas suami, Tom Cruise

Semuanya kerana Nicole Kidman tidak mempunyai haluan agama yang sama dengan Tom Cruise.

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

25 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Masyuk Di Malaysia, Cecah Lima Angka!

Demand Planning Manager merupakan kerjaya makan gaji dengan bayaran paling tinggi, wow!

Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Gaya Hidup Tue, 20 Mar 2018

Elak Terlepas Flight Sempena Cuti Sekolah. Ikuti Tips Perjalanan Oleh Malaysia Airports

Sempena cuti persekolahan ini, pasti ramai ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Gaya Hidup Fri, 30 Nov 2018

Nikmati Kek Kegemaran Anda Dengan Hanya 1 Klik. Wah Hebat!

Eat Cake Today, portal pesanan dan penghantaran kek pertama atas talian di Malaysia.

Gaya Hidup Tue, 3 Apr 2018

Nak Makan Churros Yang Panas Dan Sedap? Jom Serbu Street Churros Sekarang

Street Churros, jenama makanan yang sememangnya gah sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia.

Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018