Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin May 23, 2018 @ 6:00pm

Doktor Nasihat Hati-Hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan Kalau Tak Nak Terkena Kuman Ini

Tiba sahaja bulan Ramadan, kita tidak akan melepaskan peluang pergi ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa. Memang macam-macam juadah yang dijual, dan kalau ikut nafsu yang tengah lapar, rasa nak beli semua!

Tapi penulis nak pesan, jangan seronok sangat membeli juadah sampai terlupa tahap kebersihan makanan tersebut.

Bagi anda yang suka makan ayam, anda pasti akan membelinya di bazar kan? Ayam goreng, ayam percik, ayam masak merah, macam-macam ada!

Foto: Vitdaily

Tapi, pernah tak anda terfikir jika ayam yang anda beli itu telah dibersihkan dengan sempurna atau tidak sebelum ia dimasak? Perkara ini yang perlu anda ambil perhatian!

Sebelum anda menelan makanan ayam, periksa dulu jika ia ada kesan-kesan darah. Biasanya ia ada di kawasan tulang.

Foto: Facebook Dr. Taufiq Razif

Menerusi perkongsian oleh Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya, kesan darah di dalam isi ayam adalah tempat yang sesuai untuk pembiakan kuman seperti campylobacter, salmonella dan listeria.

Untuk pengetahuan anda, kuman-kuman tersebut antara salah satu punca keracunan makanan. Kalau anda makan ayam yang telah tercemar, ia akan menyebabkan perut anda jadi cramp, dan anda juga akan cirit-birit dan muntah-muntah. 

Bagi penulis, perkongsian info oleh Dr Taufiq ini memberi kesedaran kepada kita untuk sentiasa peka akan kebersihan makanan yang kita beli. Bukan sahaja juadah berunsurkan ayam, tetapi juadah lain juga.

Pesanan penulis, sebelum anda beli, bau dan perhatikan juadah tersebut dengan teliti sama ada ia selamat untuk dimakan ataupun tidak. Tak nak lah bila dah sampai di rumah, juadah yang kita beli itu rupa-rupanya dah basi. Kan dah membazir!

Sumber: Facebook Dr Taufiq Razif

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Jul 2019
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Kolestrol Dalam Badan Tinggi? Guna Bendi Saja Untuk Turunkannya

Jumlah kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.

Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Malu Miss V Berbau? Atasi Dengan Tip Ini

Jika bau busuk semakin teruk, ia adalah satu tanda yang tidak baik dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Featured Wed, 7 Aug 2019

1,500 pasangan dedah rahsia kebahagian jangka panjang mereka – ia bukan komunikasi

Inginkan hubungan yang tahan lama? Jom ketahui rahsianya.

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

Gaya Hidup Sun, 21 Apr 2019
error: Content is protected !!