Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2025 @ 5:05pm

Luahan Penuh Emosi Sajat, Bertahan Masalah PTSD Demi Anak – “Bila Mereka Panggil ‘Ummi’, Dunia Terus Bercahaya”

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi tentang dugaan yang dilaluinya selepas didakwa berdepan masalah kesihatan mental post-traumatic stress disorder (PTSD).

Menerusi hantaran di Instagram, Sajat meluahkan isi hati yang penuh emosi apabila mengakui luka lama masih menghantuinya meskipun cuba kelihatan kuat di mata umum.

“Orang yang ada PTSD ni luarannya nampak kuat, macam semua okay. Tapi dalam hati, jiwa yang pernah retak itu masih berdarah. Setiap malam, trauma itu datang balik, bukan sebab duit, bukan sebab harta tapi sebab luka yang terlalu dalam untuk dihapus,” katanya.

Dalam luahan panjang tersebut, Sajat turut menyentuh mengenai kerinduan terhadap anak lelakinya yang berada jauh di Malaysia.

“Anak lelaki saya hantar mesej ‘Ummi, okay tak?’. Hanya dengan satu teks, air mata ini jatuh. Anak jauh di Malaysia, tapi hatinya sampai ke sini, risaukan Ummi yang berjuang seorang diri di Australia,” tulisnya lagi.

Menurutnya, kasih dan doa anak-anak menjadi sebab utama dia masih kuat untuk bertahan meskipun kadangkala berasa ingin menyerah dengan ujian hidup.

“Kadang rasa nak lari, nak hilang sebab terlalu berat nak hadap semua ini. Ada saat gelap itu bisik supaya menyerah. Tapi bila dengar suara anak panggil ‘Ummi’, rasa dunia yang runtuh itu kembali ada cahaya,” katanya.

Sajat menegaskan PTSD bukan sekadar penyakit, sebaliknya satu realiti yang perit dilalui setiap hari.

Namun, kehadiran anak-anak menjadi sumber kekuatan untuknya terus bangkit.

“PTSD ini bukan sekadar simptom. Ia nyata, ia sakit, ia menjerut setiap detik. Tapi kasih anak-anaklah yang jadi pelita, yang buat Sajat terus bertahan, walau hati ini pecah berkali-kali,” katanya lagi.

Luahan tersebut menyentuh hati ramai pengikutnya yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa agar Sajat terus tabah menghadapi dugaan hidup di Australia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

得罪周星驰永不合作!袁咏仪还原24年真相

香港女星袁咏仪娱乐圈有2大传言,据说曾连续得罪2位影坛大咖演员,包括1995年和成龙拍《霹雳火》,其中2句对白要重录却没接大哥电话,更早的是1994年和周星驰合作《凌凌漆大战金枪客》,被传她大言不惭说和星爷风格不一样,以后不用再合作,谣言一传就是20年,对此首度还原真相!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Azhan Rani Berbesar Hati Jayakan Teater Sentuhan Bekas Pelajar

Teater ini mendapat sentuhan dua orang bekas pelajar Azhan Rani.

Hiburan Sat, 19 Apr 2025

“Terus Murah Rezeki & Jadi Orang Baik, Fattah Amin” – Amira Othman

Amira Othman curi tumpan, kerap tinggalkan komen di posting Fattah Amin

Featured Mon, 6 Mar 2023
Kisah Viral Wed, 30 Apr 2025

Pempengaruh Dikompaun Jual Piza Wagyu Tanpa Lesen Guna MPV Mewah

Pempengaruh jual piza wagyu tanpa lesen dikompaun

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

“Tak Boleh Paksa, Kalau Nak Buat, Dah lama Dah…” – Lah Ahmad Reda V.E Sukar Bersatu Semula

Lah Ahmad mengakui dia sudah tidak mahu lagi meletakkan harapan tinggi untuk melihat bekas kumpulannya, V.E bersatu dan kembali aktif seperti suatu ketika dahulu.

error: Content is protected !!