Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin September 13, 2025 @ 4:55pm

Dari Modal RM20,000 Ke Jualan RM4 Juta Sebulan, KJ Puji Usaha & Konsistensi Gula Cakery

Penyampai radio dan ahli politik, Khairy Jamaluddin atau KJ memuji jenama F&B tempatan, Gula Cakery yang membuktikan keupayaan luar biasa dengan kisah kejayaannya

KJ menyifatkan perjalanan perniagaan ini sebagai contoh nyata bagaimana impian besar, disokong dengan kerja keras dan konsistensi, mampu mencipta kejayaan yang membanggakan.

Menurut Bekas Menteri Kesihatan ini, kisah kejayaan jenama terbabit wajar dijadikan inspirasi khususnya buat generasi muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

“Perjalanan daripada modal kecil sehingga mencecah jualan jutaan ringgit sebulan menunjukkan bahawa apabila ada disiplin dan semangat, tiada yang mustahil,” katanya.

Pengiktirafan tersebut amat bermakna buat pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena yang menyifatkan ia sebagai dorongan untuk terus memperkukuh jenamanya.

“Saya sangat terharu dengan pujian itu kerana saya memang menghormati KJ. Pada masa sama, ia buat saya lebih bersemangat untuk pastikan Gula Cakery kekal relevan dan terus berkembang,” ujarnya.

Kisah Gula Cakery bermula secara kecil-kecilan dengan hanya RM20,000 modal simpanan sendiri dan operasi dari rumah keluarga.

Keuntungan awal digunakan sepenuhnya untuk membuka cawangan baharu selain menyertai pertandingan bagi mendapatkan modal tambahan serta peluang bimbingan.

Arieni menjelaskan bahawa kunci kejayaan terletak pada sikap terbuka terhadap maklum balas pelanggan, inovasi berterusan dalam menghasilkan pencuci mulut baharu, serta sokongan pasukan yang konsisten.

“Bagi saya, rahsia bukan sekadar pada resipi, tetapi juga pada mindset. Saya pegang prinsip ‘never stop learning’, belajar resepi, operasi, kepimpinan supaya diri dan bisnes sentiasa berkembang,” katanya.

Namun begitu, beliau tidak menafikan cabaran utama dalam industri F&B ialah mengekalkan relevansi.

“Industri ini sangat kompetitif. Untuk kekal di hati pelanggan, kami pastikan inovasi sentiasa ada, pengalaman pelanggan ditingkatkan, serta servis dan kualiti tidak pernah berkompromi,” jelasnya.

Arieni turut menitipkan pesan kepada anak muda agar tidak takut memulakan langkah walaupun berbekalkan modal atau pengalaman yang terhad.

“Jangan tunggu semuanya sempurna. Passion itu penting, tapi tanpa konsistensi dan disiplin, ia tidak akan bertahan. Mulakan, belajar dari cabaran, dan dari situ kekuatan akan lahir,” katanya.

Walaupun kini bergelar usahawan berjaya, nilai teras yang dipegang sejak awal tetap sama – kejujuran dan kualiti.

“Setiap kek mesti ada rasa yang sama sedapnya seperti hari pertama. Pelanggan mesti rasa dihargai, itulah yang buat mereka percaya dan kembali,” tegasnya.

Melangkah ke hadapan, Arieni berhasrat menjadikan Gula Cakery sebagai jenama F&B tempatan terbaik dengan kehadiran di seluruh Malaysia.

“Saya mahu bila orang fikir tentang sambutan atau perayaan, nama Gula Cakery terus jadi pilihan utama. Kami akan terus buka lebih banyak outlet supaya impian ini tercapai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Anda seorang yang ‘morning person’?

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

“Bukan Kakak, Tetapi Kekasih Saya…….” – 12 Sebab Lelaki Muda Tertarik Dengan Wanita Berusia

“Kakak awak ke tu?” atau “anak ikan baru Sis ke tu?”, pertanyaan begini barangkali pernah dialami pasangan kekasih yang mana teman wanita atau isteri lebih berusia daripada lelaki.

Malah ia bukanlah satu perhubungan yang aneh kerana kebanyakan lelaki muda sekarang lebih tertarik dengan wanita berusia.

Gaya Hidup Sat, 9 Feb 2019

Tyra Banks bakal buka taman tema berinspirasikan dunia peragaan

Tetamu berpeluang untuk menikmati pengalaman seperti seorang peragawati.

Featured Sun, 10 May 2020

Boleh sambut perayaan, tetapi had maksimum 20 orang dan tidak boleh rentas negeri

PKPB dilanjut sehingga 9 Jun, larangan pergerakan rentas negeri kekal

Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Belajar minum air pada waktu yang betul, barulah cantik dan sihat!

Bukan susah untuk kekal cantik dan sihat!

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Featured Wed, 12 Feb 2020

Datuk Faridah Hanim Haron, The Real Iron Lady

Bangkit memperjuangkan misi mengukuhkan ekonomi negara

error: Content is protected !!