Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 28, 2018 @ 3:26pm

“Bukan Kakak, Tetapi Kekasih Saya…….” – 12 Sebab Lelaki Muda Tertarik Dengan Wanita Berusia

“Kakak awak ke tu?” atau “anak ikan baru Sis ke tu?”, pertanyaan begini barangkali pernah dialami pasangan kekasih yang mana teman wanita atau isteri lebih berusia daripada lelaki.

Malah ia bukanlah satu perhubungan yang aneh kerana kebanyakan lelaki muda sekarang lebih tertarik dengan wanita berusia.

Buktinya, kita boleh menjadikan perkahwinan selebriti tempatan seperti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Izzue Islam dan Awin termasuk  pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Fazura, sebagai contoh.

Kalau di Hollywood, pelakon sasa yang juga pemegang watak utama filem Marvel X-Men, Hugh Jackman mengahwini Deborra-lee Furness yang jauh lebih tua daripadanya namun membuktikan perkahwinan mereka bertahan sampai sekarang.

www.instagram.com/rozitachewan1/?hl=en

Perkahwinan diantara lelaki muda dan wanita berusia sebenarnya berlaku sejak zaman Nabi lagi iaitu Kisah Cinta Suci diantara  Siti Khadijah r.a dan Rasulullah SAW.

Kembali kepada topik yang dibincangkan, agak-agak kenapa lelaki muda terpaut pada wanita berusia?  Nak tahu sebabnya, jom baca penjelasan di bawah ini.

1. Wanita berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.
    
2. Kedudukan kewangan wanita berusia juga lebih stabil berbanding gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

www.popsugar.com

3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman selain lebih tenang. 

4. Banyak pengalaman juga membuatkan wanita berusia lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. 

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, tenang, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian.


8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

http://variety.com

Walaubagaimanapun, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!

Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

Nak Buat Open House Raya? Ini Tip Penyediaan Makanan Yang Selamat Diamalkan

Dalam pada keterujaan menjamu juadah kepada tetamu, jangan sesekali memandang remeh soal kebersihan dan keselamatan dalam menyediakan makanan.

Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Gaya Hidup Mon, 21 Jul 2025
Featured Mon, 3 Dec 2018
error: Content is protected !!