Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin June 20, 2018 @ 10:00am

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Seperti yang kita ketahui, beg tangan yang diperbuat daripada kulit lebih tahan lasak dan pastinya tampak lebih menawan. Tetapi, walaupun tahan lasak ianya memerlukan penjagaan yang teliti ya! Beg jenis ini perlu disimpan dengan rapi kerana selalunya barang kulit akan menjadi semakin cantik apabila ia sudah berusia. Ada nilai vintaj ya! 

Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda tentang cara yang betul untuk menjaga dan mencuci beg tangan kulit.

Barang-barang yang anda perlukan adalah:

Sabun tangan cecair atau syampu bayi – 2 atau 3 titis
¼ cawan air
Sudu
Botol semburan kecil
Berus lembut
Kain
Tuala Kecil

Langkah 1: Bersihkan Kotoran Menggunakan Berus Lembut

Bersihkan secara perlahan menggunakan berus lembut pada permukaan kulit beg tangan bagi mengeluarkan kotoran atau habuk yang melekat. Pembersihan cara ini adalah lebih berkesan kerana habuk-habuk halus akan tersingkir.

Langkah 2: Goncangkan Beg Tangan

Keluarkan semua barang-barang yang ada dalam beg tangan anda. Kemudian buka semua zip yang ada dan putarkan beg kulit anda secara terbalik. Goncangkan beg anda dengan kuat untuk mengeluarkan semua habuk dan serpihan di dalam beg tangan. 

Anda juga boleh membuang mana-mana barang yang tidak diperlukan dan lagi bagus anda asingkan barang-barang solek anda ke dalam beg kecil yang lain. Ia akan lebih kemas dan menjimatkan ruang beg tangan anda.

Langkah 3: Pembersihan

Anda perlu tambahkan 2 atau 3 titis sabun tangan cecair atau sabun bayi ke dalam 1/4 air ke dalam bekas kecil. Kemudian kacau sehingga sabun sebati dengan air tersebut.

Langkah 4: Pindahkan Campuran Ke Dalam Botol Semburan

Masukkan dengan teliti campuran ke dalam botol semburan. Botol semburan ini digunakan untuk memudahkan anda mencuci beg tangan anda.

Langkah 5: Semburkan Cecair Pada Kain 

Semburkan cecair pada kain yang kering secara sedikit demi sedikit. Ingat, pastikan anda tidak menyemburkan cecair tersebut langsung pada permukaan kulit beg tangan anda. 

Langkah 6: Lap Kekotoran Menggunakan Kain

Sapu dan gosok kain yang basah tadi pada semua kawasan beg tangan kulit anda. Gosok secara perlahan dan sehingga bersih. Tidak lupa juga anda perlu bersihkan tali, butang dan zip beg tangan anda Ok! Kawasan tersebut biasanya kotoran yang anda mungkin tak perasan. 

Langkah 7: Lap Beg Tangan Menggunakan Tuala

Lap bersih beg tangan anda menggunakan tuala kering. Biarkan beg tangan anda buat seketika untuk proses pengeringan secara semula jadi. Jangan menggunakan sinaran matahari atau alat pengering untuk keringkan beg anda tau! Ia akan merosakkan permukaan beg tangan kulit tersebut.

Kali ini pasti anda akan terkejut kerana semua kotoran yang melekat sudah hilang! Jadi apa lagi jom cuba! 

Sumber: HowFab

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Thu, 4 Sep 2025
Gaya Hidup Tue, 15 Jan 2019
Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Featured Sun, 28 May 2023
Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Tue, 3 Mar 2020

Journaling bantu wanita ini hilangkan tekanan

Tampal-tampal sahaja, hasilnya mengujakan!

error: Content is protected !!