Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin July 21, 2025 @ 6:56pm

Tun M Imbas Saat Genting Terkena Serangan Jantung, Tragedi 1989 Jadi Titik Tolak Penubuhan IJN – “Dada Saya Telah Dibuka Sebanyak…”

Pengalaman menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 1989 menjadi titik tolak kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN), menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam majlis sambutan ulang tahun ke-100 beliau anjuran IJN pada Ahad lalu, Tun M berkongsi pada mulanya beliau tidak pernah menyangka akan mengalami masalah jantung memandangkan tahap kesihatannya ketika itu berada dalam keadaan baik.

Segalanya berubah pada satu malam pada tahun 1989, apabila beliau yang berusia 64 tahun baru pulang daripada menghadiri majlis makan malam dan mula berasa kurang selesa di bahagian dada.

“Saya sangka jika saya baring, ia akan hilang. Saya baring, ia tidak hilang. Saya bangun, ia tidak hilang. Saya berjalan-jalan, saya masih rasa sesuatu yang ‘ketat’ di dada saya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami serangan jantung sebelum dikejarkan ke HKL.

“Di hospital, saya bertemu Dr Robaayah (pakar jantung, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari) dan doktor lain, dan mereka mengesahkan saya mengalami serangan jantung.

“Bukan serangan jantung yang besar, tetapi ia tetap satu serangan jantung,” katanya.

Ketika itu, pembedahan jantung terbuka merupakan satu-satunya pilihan rawatan yang ada. Timbul perbincangan sama ada beliau perlu ke Amerika Syarikat untuk menjalani prosedur itu atau terus melakukannya di Kuala Lumpur (KL).

“Saya bertanya kepada doktor, bolehkah ia dilakukan di KL? Mereka kata ya. Jadi saya kata, baiklah, jika ia boleh dilakukan di KL, saya patut melakukannya di KL.

“Saya fikir saya patut sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit keyakinan kepada doktor-doktor di Malaysia,” katanya sambil merujuk kepada pakar bedah jantung tempatan, Tan Sri Dr Yahya Awang.

Selepas pembedahan yang berlangsung selama beberapa jam itu berjaya, Tun M berkata para doktor menyatakan kebimbangan mereka terhadap kekurangan fasiliti jantung yang lengkap di hospital berkenaan.

“Mereka mengadu bahawa mereka tidak mempunyai fasiliti yang baik. Mereka kata kita patut mempunyai sebuah pusat jantung,” katanya.

Beliau teringat lawatannya ke sebuah pusat jantung moden di Manila, Filipina, dan mendapat ilham untuk menubuhkan institusi seumpamanya di Malaysia.

“Saya fikir, kenapa tidak? Kita patut ada sebuah pusat jantung. Dan sudah tentu, pada masa itu saya adalah Perdana Menteri dan Perdana Menteri mempunyai banyak kuasa.

“Ia soal peruntukan dana untuk sebuah pusat jantung baharu dan serta-merta saya meluluskan penubuhan sebuah pusat jantung di KL dan begitulah IJN ditubuhkan,” jelasnya.

Sepanjang tempoh rawatannya, Tun M telah menjalani tiga pembedahan jantung, satu di HKL dan dua lagi di IJN. Beliau turut menyatakan rasa bangga dan keyakinannya terhadap kepakaran doktor tempatan.

“Saya yakin bahawa doktor kita sama hebatnya dengan sesiapa sahaja. Dada saya telah dibuka sebanyak tiga kali. Ia agak menakutkan apabila dada anda dibuka dan orang ‘bermain-main’ dengan jantung anda, tetapi Alhamdulillah saya selamat. Kepercayaan saya ialah kita boleh melakukan apa sahaja yang orang lain boleh lakukan,” katanya.

Sebagai makluman, Tun M yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi, pernah mengalami serangan jantung pertamanya pada tahun 1989, diikuti dua lagi serangan pada tahun 2006, sebelum menjalani pembedahan pintasan kuadrup setahun selepas itu.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Eh, salah ke sebagai ibu untuk berbuat demikian sampai kena masuk jel?

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Featured Thu, 31 May 2018
Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan […]

Acara Wed, 20 Nov 2019
Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

error: Content is protected !!