Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 14, 2025 @ 4:25am

Cuba Teka: REAL Ke AI? Kempen REV Media Group Dedah Betapa Sukar Bezakan Yang Asli Dengan Janaan Teknologi

Teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih hingga sukar untuk membezakan mana yang asli dan mana yang dihasilkan mesin. Menyedari cabaran ini, REV Media Group tampil dengan kempen interaktif “REAL ke AI?” yang mengajak rakyat Malaysia menilai sendiri ketajaman mata dan telinga mereka.

Kempen ini hadir dengan pelbagai cabaran unik. Dalam pusingan pertama, orang ramai diminta meneka siapa penyamar dalam kumpulan empat individu yang kelihatan biasa, namun salah seorang sebenarnya dicipta oleh AI. Ramai meneka watak Fanyi, Pakar Strategi Media Sosial, kerana wajahnya tampak “terlalu sempurna.”

Cabaran seterusnya pula berbentuk infografik interaktif yang menguji minda: bolehkah anda membezakan kandungan yang dilabel AI, wajah yang ditukar, atau suara sebenar berbanding tiruan? Semuanya menguji sejauh mana deria pengguna diasah dalam dunia digital masa kini.

Lebih mencabar, kempen ini juga menampilkan senario panggilan palsu. Dalam video yang dikongsikan, watak Taro menerima panggilan daripada rakannya, Sha, yang meminta wang. Namun suara itu sebenarnya dijana AI. Penonton diajak berfikir: adakah mereka akan terus memindahkan wang, membuat panggilan semula, atau mengabaikannya?

REV Media turut menyelitkan elemen humor dengan memaparkan foto perarakan Hari Kebangsaan yang meriah, termasuk kelibat seorang “doktor sado” dan seekor kucing oren raksasa yang berbaris bersama unit K9. Namun mesejnya jelas, tidak semua yang tular di media sosial adalah benar.

Menurut REV Media Group, “REAL ke AI?” bukan sekadar hiburan, tetapi usaha mendidik masyarakat agar lebih berwaspada, sentiasa menyemak fakta sebelum berkongsi, dan menggunakan teknologi dengan bertanggungjawab.

Kempen ini boleh diikuti menerusi akaun Instagram @revmedia.my, selain turut dipaparkan di platform popular seperti @saysdotcom, @rojaklah, dan @ohbulanofficial.

#REALkeAI #FactCheckBeforeYouAct

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

Featured Fri, 13 Jan 2023

“Saya Memang Tak Suka Kongsi Hal Peribadi” – Zizi Kirana Selesa Hidup Bersederhana

Penyanyi Zizi Kirana mengakui lebih selesa hidup besederhana dan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrain di media sosial. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 38, […]

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan! Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam […]

Trending Thu, 24 Jun 2021

Kongsi Khabar Terbaru Di Hospital, Berat Badan Elyana Bertambah 7 Kilogram

Penyanyi Elyana, atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya. Berjuang melawan kanser limfoma dan sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital, Elyana memberitahu berat badannya bertambah sebanyak tujuh kilogram. ARTIKEL […]

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Tue, 23 Dec 2025

This Is UNIC: Live In Concert ”Full House’, Bukti Kedudukan Nasyid Masih Relevan

Lebih dua dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik berteraskan dakwah, nilai kemanusiaan dan cinta Ilahi, Kumpulan nasyid UNIC sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila…

Trending Mon, 6 Jul 2020
error: Content is protected !!