Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2025 @ 3:18pm

AIM 24: Sebak Bawa Pulang 4 Trofi… Air Mata, Jerih Perih Aina Abdul Terbayar

Malam penuh bersejarah buat penyanyi bersuara emas, Aina Abdul apabila penantian panjangnya selama lebih sedekad dalam industri seni akhirnya terbayar dengan kejayaan menggondol empat trofi utama pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24), malam tadi.

Aina tidak hanya sekadar tersenarai, malah terus mengukir pencapaian luar biasa apabila mendominasi kategori utama termasuk Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi single popular Jangan Mati Rasa Itu, selain Rakaman Album Terbaik menerusi album Imaji Deluxe Edition.

“Sejujurnya, AIM adalah salah satu anugerah yang saya idamkan sejak awal pembabitan dalam bidang seni. Ia setaraf Anugerah Juara Lagu (AJL), malah boleh dianggap antara anugerah paling ikonik di Malaysia. Dapat menggenggam empat trofi sekaligus adalah sesuatu yang saya tak pernah bayangkan.

“Trofi ini adalah penguat semangat baharu untuk saya terus berkarya. Saya sangat bersyukur kerana lagu Jangan Mati Rasa Itu yang begitu dekat dengan hati saya diangkat sebagai pemenang.

“Terima kasih kepada juri yang menilai dan menghargai karya saya,” katanya penuh terharu ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah di Arena of Stars, Genting Highlands.

Kejayaannya di AIM 24 tidak datang sekelip mata, bagi Aina yang bermula sebagai penulis lagu, pelantun naskhah terkenal Sumpah ini mengakui perjalanan seninya penuh dengan cabaran, kegagalan dan detik buntu.

“Kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada apa yang kita buat ini ada nilainya atau tidak. Sebagai penulis, kita kejar tarikh akhir, kadang-kadang hanya buat apa yang perlu. Tetapi saya percaya, setiap melodi adalah ilham daripada Allah.

“Ada masa, saya menulis lagu untuk menyembuhkan luka sendiri, namun tanpa saya sedar, karya itu turut menjadi penawar untuk orang lain. Itu adalah anugerah terbesar buat saya apabila melihat muzik saya membantu hati-hati yang terluka di luar sana,” jelasnya.

Seperti kebanyakan artis lain, Aina tidak terlepas daripada menerima kritikan dan kecaman, namun bagi penyanyi yang sentiasa mencuri tumpuan dengan penampilan uniknya itu, perkara negatif dijadikan cermin untuk memperbaiki diri.

“Walaupun pahit, kritikan sebenarnya yang membentuk saya. Setiap kali nama saya disebut, baik secara positif mahupun negatif, itu tetap tanda kewujudan saya dalam industri.

“Saya sangat bersyukur dengan Ainations (kelab peminat) yang tidak pernah jemu menyokong dan mempertahankan saya. Mereka adalah ‘tentera’ dan perisai saya. Walaupun saya tak sempat baca semua komen, saya tahu mereka sentiasa ada di belakang saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: AIM 24: Aina Abdul Ungguli Malam Kemuncak, Dayang Nurfaizah Bawa Pulang RM200,000… Jom Semak Senarai Penuh Pemenang!

Sebelum meraih empat kemenangan, Aina terlebih dahulu mencatat pencalonan terbanyak di AIM 24 dengan sembilan kategori, termasuk Rakaman Lagu Terbaik, Album Terbaik, Kulit Album Terbaik, Runut Bunyi Terbaik serta Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara.

Lebih membanggakan, dalam kategori Vokal Wanita Terbaik, Aina berjaya menepis saingan hebat daripada nama-nama besar industri seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Marsha Milan, Liza Hanim dan Ernie Zakri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Sep 2021

“Halus Buatan, Boleh Cecah Ribuan Ringgit Semeter”- Cantiknya! Penampilan Dr Wan Azizah Di Istiadat Parlimen Raih Perhatian!

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Majlis Parlimen Ke-14 telah berlangsung pada kelmarin. Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan […]

Trending Tue, 26 Feb 2019
Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Susah Bernafas, Pian Cecupak Dikejarkan Ke HKL

Sama-sama kita doakan agar Pian kembali sembuh seperti sedia kala. Cepat sihat, Insya Allah!

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Trending Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Featured Mon, 8 Nov 2021

Gara-Gara Memandu Dalam Keadaan Mengantuk, Wanita Masuk Sawah Padi

Seorang wanita di Indonesia dilaporkan keretanya terbabas dan memasuki ke dalam kawasan sawah padi apabila didapati memandu dalam keadaan tidak cukup tidur, lapor laman berita Suara.Com pada Ahad. View this post on Instagram A post […]

error: Content is protected !!