Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 20, 2025 @ 3:56pm

Kak KM Borong Sejadah Cecah RM50,000

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit hanya untuk sejadah.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Kak KM bersama ibunya, pelakon veteren Normah Damanhuri dilihat berada di sebuah gedung karpet milik aktor, Dazrin Kamarudin.

“Orang dah beli RM50,000, tak kan tak tunjuk? Dia bukan saja beli beg tangan mahal, sejadah pun mahal,” kata Dazrin dalam video tersebut.

Dalam masa sama, Kak KM turut sempat berseloroh seolah-olah menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah kewangan untuk berbelanja mewah.

“Kita ini kena merendah diri. Kalau beg tangan boleh beli sampai RM60,000, tak kan sejadah RM6,000 pun tak boleh beli?,” katanya lantas ketawa.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ada segelintir netizen yang mendoakan agar Kak KM diberikan hidayah untuk menutup auratnya.

@alaqsacarpets

Ingat Kak KM beli boleh beli handbag mahal je! Sejadah pun kene mahal! 📍Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store, Seksyen 36, 40470, Shah Alam #alaqsacarpets #aqsafurniture #carpet #artificialgrass #vinylfloor

♬ original sound – Al Aqsa Carpets – Al Aqsa Carpets

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jul 2024
Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Featured Wed, 1 Dec 2021
Featured Fri, 7 Nov 2025
Featured Sat, 26 Mar 2022
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
error: Content is protected !!