Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 22, 2025 @ 3:41pm

Badron Munirah Dedah Ditawar RM100,000 Jadi ‘Sugar Baby’

Pelakon baharu, Badron Munirah mendedahkan dirinya pernah menerima tawaran menjadi ‘sugar baby’ daripada seorang individu.

Menurut Badron atau nama penuhnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 26, individu berkenaan sanggup menawarkan sejumlah wang lumayan bernilai RM100,000.

“Saya tak pasti sama ada dia lelaki atau perempuan, tetapi memang pernah dapat tawaran sebanyak RM100,000 untuk jadi sugar baby,” katanya ketika ditemui pada acara Viu Royal Night di W Factory, Shah Alam, Khamis lalu.

Badron mengakui dia berasa sangat takut dengan perkara tersebut, namun memilih untuk tidak membuat sebarang laporan.

“Masa tu saya baru masuk industri, jadi memang rasa takut sangat. Saya ada kongsi dengan kawan, tanya apa yang patut saya buat. Tapi saya langsung tak layan sebab benda macam tu menakutkan.

“Setakat ini saya tak buat laporan sebab perkara itu pun tak berlaku secara berdepan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Badron turut mengulas mengenai mesej-mesej nakal yang diterimanya di Instagram (IG) selepas memuat naik foto menunjukkan separa badan.

“Saya memang ada terima mesej nakal. Ada yang terus terang mengaku dia ‘bottom’ dan ajak berkenalan. Malah, ada juga yang hantar gambar serta ajak buat benda tak senonoh.

“Kebanyakannya lelaki. Saya tak layan, langsung tak jawab,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Badron kini membintangi drama bersiri Viu berjudul Putri & Prince yang diarahkan oleh pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay.

Selain Badron, drama tersebut turut dibintangi oleh Nesa Idrus, Khayrisyah Kemal, Adriana Adnan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Replicated Draft Tue, 12 Mar 2024

Dah Tak Payah Moreh Di Mamak, Buat Sendiri Je Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh!

Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti korang akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh kat kedai mamak kan? Maklum […]

error: Content is protected !!