Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2025 @ 7:15pm

Ulasan Konsert: Lawan Kritikan Dengan Persembahan Mantap di Plenary Hall, Elite Buktikan Mereka Masih Berbisa

Konsert Elite Live ’25 yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menjadi bukti nyata bahawa kumpulan wanita popular era 90-an itu masih mampu berdiri gagah di pentas hiburan.

Walaupun pernah dikecam sewaktu pengumuman konsert dibuat kerana ada yang meragui kemampuan mereka, lima anggota Elite berjaya menangkis segala keraguan dengan persembahan penuh tenaga dan keyakinan.

Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi, Azza Zawari dan Linda Rafar menghiburkan dewan yang penuh dengan peminat setia yang terdiri daripada orang-orang lama yang membesar dengan lagu Elite serta generasi baharu.

Pada usia lewat 40-an, mereka masih membuktikan kebolehan menari, menyanyi dan berinteraksi dengan penonton. Biarpun staminanya tidak sama seperti dahulu, semangat dan kesungguhan Elite menjadi daya tarikan utama.

Konsert anjuran Icon Entertainment itu bermula dengan penuh bertenaga menerusi Ladiva dan Merbahaya, sebelum mereka menenangkan suasana dengan lagu-lagu penuh nostalgia seperti Mengerti dan Sesuatu Dalam Dirimu.

Setiap persembahan membuktikan disiplin vokal dan latihan masih dijaga rapi. Kehadiran Alpha dan X-Factor sebagai artis jemputan turut memberi variasi dan menambah kemeriahan, terutama apabila lagu duet Di Pintu Syurga dan Bertuah dilagukan dengan penuh harmoni.

Peminat juga melepaskan kerinduan dengan menyaksikan kumpulan kegilaan remaja zaman 2000-an, X-Factor yang membawakan lagu 7251364. Kehadiran lima jejaka yang masih kacak itu membuatkan seluruh dewan bersorak gembira.

Puncak malam hadir dengan dendangan Trauma dan GIG yang membuatkan penonton berdiri, menyanyi bersama dan tenggelam dalam euforia. Encore pula menutup persembahan dengan dua lagu ikonik, Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu yang menjadi tanda tangan kerjaya Elite sejak dahulu.

Namun, ada sedikit ruang penambahbaikan. Ketika sesi berbual dengan penonton, momentum konsert kadang-kadang sedikit perlahan kerana gaya mereka yang agak sedikit meleweh dan panjang. Walaupun niatnya mahu mesra dengan penonton, ia sesekali menjejaskan tempo persembahan yang sepatutnya lebih padat.

Secara keseluruhan, konsert Elite tetap meninggalkan kesan mendalam. Kelima-lima anggota tampil gigih menghiburkan dengan persembahan bertenaga, suara yang masih mantap serta semangat yang tidak luntur.

Kritikan awal yang pernah dilemparkan akhirnya terpadam, diganti dengan tepukan gemuruh dan rasa puas hati peminat. Elite membuktikan bahawa legenda tetap legenda, dan mereka masih mampu memegang status itu dengan penuh bangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Doakan A Rahman Hassan…

Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam. Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu […]

Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Watie Hanifiah Crop Gambar Shuib Di Instagram, Netizen Pura-Pura Tak Kenal & Terkejut

Adoi takkanlah tak kenal. dah kena crop pun kita tahu tu Shuib

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nak Tahu Apa Misi Terbaru Ejen Ali?

Tak sabar nak tengok Ejen Ali The Movie. Tunggu okay!

Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

Trending Sat, 18 Dec 2021

Kemalangan Ragut Nyawa 9 Beranak Serentak, Remaja Sebak Hilang Ahli Keluarga – “Saya Terlalu Sayangkan Ibu”

“Saya terlalu sayangkan ibu.” Itu ungkapan anak ketiga mangsa insiden maut yang membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi. Dalam kejadian 11.45 […]

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]

Trending Thu, 3 Jun 2021
error: Content is protected !!