Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 3, 2018 @ 5:03pm

Nak Tahu Apa Misi Terbaru Ejen Ali?

Primeworks Studios dan WAU Animation sekali lagi melangsungkan acara perniagaan mereka bagi meraikan harta intelek terbesar mereka, Ejen Ali. Acara yang berlangsung di Empire Hotel, Subang ini bertujuan untuk memparkan pelbagai pencapaian jenama Ejen Ali sejak ia dilancarkan pada 2016.

Acara Ejen Ali Mission  turut mewar-warkan  detik bersejarah siri animasi Ejen Ali sehinggalah kejayaan yang dikecapi oleh siri animasi pujaan ramai ini. Ejen Ali kini bersiaran di lebih dari 50 buah negara Timur Tengah, Afrika dan India danmendapat pehatian jutaan peminat di seluruh dunia disamping menjadi salah satu rancangan paling popular di rantau Asia Tenggara.

Sumber : Instagram @ejenali

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, sempena tema ejen perisik Ejen Ali pihak Primeworks Studios turut menetapkan misi-misi tersendiri untuk mengembangkan jenama Ejen Ali.

” Misi pertama adalah untuk melancarkan jenama ini dengan cara yang baharu dan berbeza dan berjaya kami capai bagi memperkenalkan Ejen Ali menerusi aplikasi permainannya yang pertama sebelum rancangan televisyen disiarkan di TV3 Malaysia. Sejak itu, dua aplikasi permainan mobil telah menerima pengiktirafan tinggi dan pelbagai anugerah industri. Kemudian kami mensasarkan untuk menjadi siri animasi pilihan di rantau ini. Misi ini dijayakan dengan mencapai dua juta penonton pada setiap minggu melalui saluran TV3 Malaysia dan salah satu rancangan animasi Top 3 dalam senarai program kanak-kanak terbaik saluran MNCTV, Indonesia.” Katanya

Izham juga turut berkongsi dua lagi misi Ejen Ali iaitu Kerjasam Inovatif dan Interaksi Bersama Peminat. Malah, Ejen Ali juga membina hubungan kukuh dengan jenama terkenal seperti Mamee dan Air Asia.

Sumber : Instagram @ejenali

Sumber : Instagram @ejenali

Peminat-peminat Ejen Ali juga boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif siri animasi ini termasuklah kasut sekolah jenama BATA, permainan dan juga set bilik tidur Ejen Ali yang bakal berada di pasaran sempena musim kembali sekolah pada akhir tahun ini.

Dan, berita baik buat peminat tegar Ejen Ali, pihak WAU telah berkongsi sedutan pendek Ejen Ali The Movie yang bakal menemui penonton pada akhir tahun 2019 ini.

Wow! pasi ramai yang tak sabar nak tunggu siri Ejen Ali The Movie kan? Tunguuuuu okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bertunang

Wah, tak sangka Eyra dah jumpa jodoh beliau. senyap-senyap je kan?

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

Featured Wed, 3 Aug 2022
Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Alahai…Selena Gomez Masih Belum Move On?

Menurut portal berkenaan, penyanyi lagu Wolves ini berharap perkahwinan itu tidak akan menjadi kenyataan.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
error: Content is protected !!