Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 11:04am

Nadzmi Adhwa Luah Rasa Simpati, Ardell Aryana Alami Masalah Kesihatan – “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air Rupanya”

Suami kepada aktivis kemanusiaan yang juga salah seorang peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana iaitu, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa simpati terhadap keadaan isterinya itu.

Kata Nadzmi, Ardell terpaksa menjalani proses memasukkan air ke dalam badan.

Tambahnya, dia tidak mengetahui langsung mengenai  keadaan Ardell apabila sudah dua hari terputus hubungan.

“Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak bagitau kami sebab tak mahu susahkan hati kami disini.

“Kuat bertahan ya. Dah kurus dah awak. Dapat tahu dari @iyliabqs tadi. Tak dapat contact 2 hari baru dapat harini Alhamdulillah!

“Ujian hebat, tapi semangat juang awak memang luar biasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Nadzmi menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sebagai seorang suami, Nadzmi juga sempat menitipkan doa agar misi kemanusiaan dan perjuangan Ardell dipermudahkan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Moga Allah Berikanlah kekuatan pada awak dan semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran ini.

“Insyaa-Allah kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang di sana.

“Semoga Allah redha dengan usaha semua! Free Free Palestine,” kongsinya.

Sekadar info, misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) adalah usaha kemanusiaan antarabangsa bertujuan memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza demi menyampaikan bantuan.

Selain Ardell, antara aktivis dan selebriti terlibat adalah, Zizi Kirana, Farah Lee, PU Rahmat dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ada Ramai Netizen Suka Bantai Di Media Sosial, Jangan Sebar Fitnah Nanti Muflis Di Akhirat”- Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya dalam mengutarakan beberapa isu yang tular di media sosial. Menurut Datuk Rosyam Nor, terdapat banyak berita yang tular di media sosial yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang “Ada […]

Featured Mon, 12 Jun 2023

Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Amboi kemain netizen sampai libatkan arwah ayah dia 🥲

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Thu, 18 May 2023
Featured Mon, 21 May 2018

Detoksifikasi Yang Berlaku Sepanjang Berpuasa Bawa 1001 Kebaikan Untuk Kesihatan Badan

Matlamat berpuasa bukan saja meningkatkan taqwa, malah kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

error: Content is protected !!