Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 23, 2025 @ 11:36am

Buat Solat Istikharah, Danish Hakim Batal Hasrat Jadi Pelakon

Anak kepada pelakon, Norman Hakim, iaitu Mohamed Danish Hakim mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya menceburi bidang lakonan.

Ketika ditemui XTRA, Danish berkata keputusan tersebut diambil tanpa pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya dia menggambarkan industri hiburan ini toksik menyebabkan minatnya hilang.

“Saya tarik balik kata-kata saya dulu nak jadi seorang pelakon. Saya dah hilang minat sedikit, dan ini sepenuhnya keputusan saya.

“Saya nampak industri hiburan ini toksik. Saya ingat ceburi bidang hiburan ini seronok belaka, tapi baru masuk sikit saya dah mula nampak coraknya. Tetapi, pada masa akan datang kita tidak tahu.

“Buat masa sekarang saya fokus kepada ‘fitness’,” katanya.

Danish berkata demikian ketika ditemui di majlis Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Danish yang juga anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi ini turut menjelaskan dia melakukan solat Istikharah terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.

“Saya buat solat istikharah, tepuk dada tanya selera, jadi saya ‘backoff’ dulu. Ibu bapa saya pun tiada masalah, mereka lagi suka,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Saya Tahu Apa Yang Berlaku, Tapi Hanya Mampu Doakan” – Danish Hakim Enggan Campur Tangan Isu Rumah Tangga Marissa Dania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Trending Tue, 26 Mar 2019

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Bapa Allahyarham hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya. Al- Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal…

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Mon, 17 Oct 2022

“Saya Akan Jumpa Awak Nanti” – Peserta Realiti TV Gelar Isteri ‘Pelacur’, Caprice Cabar Cakap Depan-Depan?

Tak baik cakap gelar orang sebegitu.. Cuba letak diri dekat tempat orang tu?

Featured Thu, 17 Mar 2022
Trending Mon, 3 Feb 2020
error: Content is protected !!