Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 24, 2025 @ 1:02pm

Kolaborasi Aisha Retno, Ade Govinda Sarat Dengan Emosi, ‘Semoga Saja’ Rai Rasa Kehilangan

“Lagu ini bersifat peribadi untuk saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang”.

Itu kata penyanyi berbakat, Aisha Retno yang baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Semoga Saja, hasil ciptaan bersama komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda.

Tidak seperti kolaborasi sebelum ini, Semoga Saja hadir dengan nuansa lebih segar melalui susunan tempo sederhana yang tetap sarat emosi.

Lagu ini bukan sahaja menggambarkan rasa kehilangan serta doa buat seseorang yang telah pergi, malah turut menonjolkan sisi vokal berbeza Aisha yang lebih indah dengan suntikan harmoni muzik yang digunakan.

Menurut Aisha, dia berharap kelainan yang dibawakan mampu menyentuh hati pendengar.

“Saya amat berharap agar pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada dan memperoleh kekuatan dalam harapan yang tersisa,” katanya.

Bagi Ade Govinda pula, bekerja dengan Aisha dianggap sebagai pengalaman menyeronokkan.

“Semoga dengan adanya kolaborasi ini, kami dapat terus bekerjasama pada masa akan datang,” ujarnya ringkas.

Menariknya, video muzik rasmi Semoga Saja diarahkan oleh sutradara Bagoes Tresna Adji dengan penggambaran dijalankan di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia beberapa bulan lalu.

Mengulas kisah visual yang dipaparkan, Bagoes berkata ia membawa penonton menyelami rasa kerinduan serta harapan akan kembalinya seseorang yang dicintai.

“Menunggu seseorang yang telah pergi membuat kita menggila, namun kedatangannya selalu menenangkan,” jelasnya.

Kini, single Semoga Saja boleh didengari di seluruh platform muzik digital bermula 19 September 2025, manakala video muzik rasminya pula sudah boleh ditonton di saluran YouTube Ade Govinda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Oct 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023

Miliki 1.3 Juta Followers, Nadin Amizah Tidak Rasa Zaman Muda Sia-Sia – “Lebih Banyak Berkat Dan Rezekinya…”

Ayu dan bijak berkata-kata.. Tak sabar nak tengok Nadin Amizah beraksi esok!

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Cewah…Sama Cantik Sama Padan Kak Limah Atas Pelamin!

Akhirnya, pelakon yang popular menerusi watak Hantu Kak Limah naik ke pelamin bersama jejaka pilihannya, Mr K atau Khuda. Delimawati dan pasangan diraikan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sebentar tadi. Memang meriah habis!

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Trending Mon, 3 Dec 2018

各种「烂爆棚的搞笑创意」生活小贴士

自从网路发达以来,许多热心网友都分享了各家的生活小偏方,希望让大家的日常更便利。但有些网友们更热衷搞笑,他们分享的生活小贴士非但不实用,有些甚至天才到让人都看醉了!

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Featured Wed, 6 Aug 2025

Shuib Titip Ucapan Istimewa Buat Ayash Affan – “Ibu! Anak Awak Dah 4 Tahun”

Shuib mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Featured Mon, 16 Jan 2023
error: Content is protected !!