Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2025 @ 2:17pm

Nina Ismail Sabri Dedah Momen Lucu, Suami Silap Teka Ujian Kehamilan Sebagai Positif Covid 

Anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu, Nina Ismail berkongsi antara momen yang dianggapnya sebagai lucu tatkala memaklumkan kepada suaminya, Hafiz Osman mengenai berita kehamilannya sebelum ini.

Kongsi Nina menerusi hantaran di Threads, ketika dia menyedari dirinya itu berbadan dua, dia dan suami sedang bercuti di Jepun.

Bagaimanapun, enggan terburu-buru, Nina memaklumkan dia terpaksa melakukan ujian kehamilan berulang kali sehinggalah pada akhirnya dia yakin dengan keputusan ujian tersebut.

“Ketika saya menyedari saya hamil, saya dan suami berada di Jepun.  Tapi sebab saya nak pastikan keputusan ujian itu betul, saya terpaksa melakukan ujian tersebut berulang kali sebelum memaklumkan kepada suami,” kongsinya.

Selain itu, Nina juga menganggap momen manis itu bertukar menjadi situasi yang paling lucu apabila suaminya itu menyangka dia terkena virus Covid-19.

“Pada petang itu, kami pergi ke sebuah kafe kegemaran kami kemudian saya berikan dia paper bag berisi kit ujian kehamilan tersebut.

“Tapi dia boleh pandang saya dengan keadaan terkejut dan ingatkan saya positif Covid-19. Dia cakap ‘Awak positif Covid? Jadi kita tak boleh balik Kuala Lumpur esok’. Daripada nak sweet-sweet momen terus saya gelak macam orang gila.

“In his defense the japannese kit memangs angat kecil jadi memang nampak macam test kit Covid-19,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Jul 2020
Trending Wed, 21 Nov 2018

This 12-Year-Old Thai Model is Actually a Boy and People Love Him for His Cross-Dressing

He’s made so much money, he could buy a house for his family too!

Trending Sat, 6 Apr 2019

‘Durian Tourism’ Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata bahawa pelancong yang akan menjadi sasaran mereka ketika inisiatif ni dilancarkan ialah China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Sim Tze Tzin juga berpendapat […]

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

error: Content is protected !!