Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 26, 2025 @ 2:23pm

Netizen Pertikai Tindakan Linda Rafar Perlekeh ‘Tittle’ & Individu Jual Selipar – “Level Ni Je Cara Dia Handle Teguran Orang?”

Pelakon dan anggota Kumpulan Elite, Linda Rafar sekali lagi mencuri perhatian selepas tindakannya membalas komen di media sosial dilihat sebagai tidak profesional.

Menerusi hantaran yang tular di platform Threads, Linda kelihatan berkongsi beberapa foto miliknya sepanjang konsert Elite yang berlangsung baru-baru ini namun, kapsyen yang dibuat aktres itu mengundang rasa kurang senang terhadap segelintir netizen.

Menurut individu berkenaan, kapsyen yang ditulis Linda tidak selari dengan foto yang dimuat naik kerana ia seperti membuka aib nya sendiri.

“Akak yang mengaibkan diri sendiri. Bukan orang yang cari gali,” tegur individu tersebut.

Sedar dengan komen yang ditinggalkan, Linda atau nama lengkapnya, Azlinda Abdul Rafar, 47, tampil membalas hantaran berkenaan dengan mempersoalkan pekerjaan individu tersebut yang didakwa sebagai penjual selipar sekali gus secara sarkastik bertanya berapakah harga jualannya itu kerana dia mahu membelinya.

“Jual selipar ke? Kesian… Berapa satu? Mari saya tolong beli,” soalnya.

Melihat kepada sikap Linda itu, rata-rata netizen menyifatkannya sebagai tidak matang dan lagi teruk sanggup memperlekehkan pekerjaan orang lain.

Tidak habis disitu, Linda juga kelihatan mempersoalkan gelaran individu apabila tampil memberikannya nasihat menerusi ruangan komen berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 16 Mar 2020

[VIRAL] “Ya, Mulut Pemandu Itu Berbau Alkohol” – Drama Band Terlibat Kemalangan

Ya Allah, dah lah langgar orang, siap boleh lari dengan teman wanita plak tu

Featured Wed, 24 Jul 2024

Didakwa Langgar Kontrak, Armani Entertainment Tuntut Michael Ang Bayar RM 500,00

Banyakk tuu RM 500,000. Semoga selesai dengan baik lah ye

Featured Thu, 29 Sep 2022

Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Alamak, biar betul status ‘Datuk Seri’ suami Heliza Helmi palsu? Ada bukti menunjukkan tiada dalam sistem istiadat 🤭

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

error: Content is protected !!