Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 11:45am

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Bekas suami kepada pengarah terkenal, Datuk A Aida iaitu vokalis kumpulan Spring, Ameng memaklumkan, bekas isterinya itu ada membuat pembedahan lutut dengan memasukkan gel namun, sebelum ini Aida masih boleh berjalan.

Bagaimanapun, menurut Ameng, ketika rawatan lutut itu dibuat komplikasi tiba-tiab berlaku dan bacaan oksigen juga rendah iaitu sekitar 30 hingga 35.

“Dia buat pembedahan lutut dengan memasukkan gel. Tapi saya tengok sebelum ini dia masih boleh berjalan.

“Cuma dia mungkin mahu mencegah masalah itu daripada awal. Cuma kebetulan masa dia buat rawatan lutut itu, serangan jantung datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru beliau.

“Mungkin dia (Aida) dah nak sakit sebab sekarang ia serang jantung dan paru-paru. Ada darah beku di jantung dan paru-paru.

“Apa-apa butiran lanjut boleh tanya Leesa (Wan Az Aleesa). Kasihan pula kat Aida sebab masa dia bedah lutut itu, elok lagi,” jelasnya.

Sekadar info, Ameng dan A Aida pernah berkahwin namun, hubungan rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sahaja sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Wan Az Aleesa, 29, dan Wan Azeva Natassha, 24.

Terdahulu, A Aida, 55, dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, A Aida difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal, namun secara tiba-tiba rebah selepas mendapatkan rawatan berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Jun 2024

Syafeek Ikhwan Bangkit, Tebus Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Sabarlah Syafeek, moga segala usaha dan penat lelah berbayar dengan rezeki mencurah-curah🤲

Trending Tue, 9 Jun 2020
Trending Sat, 10 Mar 2018

Pemulihan Bekalan Air Perlahan, Penduduk Lembah Klang Sabar ya!

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Hiburan Sat, 18 May 2019

Chiu导作品《大大哒》初登中国大荧幕!超过1万影院上映刷新记录

大马千万票房导演Chiu导(周青元)再次杨威国际,由他执导的青春喜剧电影《大大哒》成其首部登上中国大荧幕作品,即将于5月24日在全中国10,900家影院上映!

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Tue, 6 Jan 2026
error: Content is protected !!