Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 3:26pm

Terus Cipta Fenomena, Alpha Lancar MV ‘P Ramlee Saloma’

Kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Alpha, terus mencipta fenomena menerusi single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.

Dilancarkan pada 18 Julai 2025 lalu, lagu ini bukan sahaja diangkat sebagai OST sebuah drama popular, malah berjaya mengukuhkan kedudukan Alpha dalam industri muzik tempatan apatah lagi muzik video tersebut juga kini sudah di tonton lebih 270,000 dalam masa hanya 7 hari.

Dianggotai oleh Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, kumpulan ini ditubuhkan melalui rancangan realiti nyanyian.

Selepas kejayaan single sulung mereka “Monalisa (Bang Bang)”, kini Alpha sekali lagi membuktikan kemampuan dengan karya kedua yang sarat dengan emosi cinta agung.

Menurut anggota Kumpulan Alpha, Rizal, dia sangat berbangga kerana dalam masa yang sangat singkat lagu ini sudah di strim oleh jutaan peminat.

“Saya sangat bangga kerana dalam tempoh singkat sahaja lagu ini berjaya meraih jutaan strim. Sokongan peminat membuktikan muzik kami diterima, dan itu buat saya benar-benar terharu,” katanya.

Lagu Inspirasi Cinta Agung

Dibawakan dalam bentuk balada moden yang menyentuh jiwa, ‘P Ramlee Saloma’ diinspirasikan daripada kisah cinta abadi dua legenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. 

Malah, kejayaan lagu ini adalah hasil sokongan padu peminat dan rata-rata anggota kumpulan Alpha mengucapkan terima kasih atas sokongan luar biasa peminat terhadap mereka.

“Sokongan peminat menjadikan langkah kami lebih bermakna. Jangan berhenti untuk strim dan sebarkan muzik kami, kerana anda semua adalah kekuatan sebenar Alpha,”jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Sampai Ke Antarabangsa Mendapat Liputan, Apa Kisahnya?

Bila berada di antarabangsa mendapat liputan, apa yang istimewanya selebriti ini

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Lengkap Satu Keluarga, Ayda Jebat Akhirnya Kongsi Wajah Anak Kedua

Aww comelnya Aali Mateen! Haa muka dadaa ke muka mommy dia?

Kisah Viral Thu, 23 May 2024
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Doa Yang Terbaik Untuk Kakak’- Neelofa Enggan Komen Panjang

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nabila & Sharnaaz Ahmad…

Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Featured Thu, 4 Aug 2022

Anggota Trafik Iringi Anak Ahli Parlimen Dikenakan Tatatertib

Nampaknya ramai yang tak puas hati mengenai isu ni yaa?

error: Content is protected !!