Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 28, 2025 @ 7:11pm

Ada Peminat Tonton Di Pawagam Hampir 30 Kali, Dion Wiyoko Anggap Filem Sore Istri Dari Masa Depan Punya Magis Tersendiri

Pelakon Dion Wiyoko, 41, meluahkan rasa terharu apabila mengetahui ada peminat yang sanggup menonton filem Sore Istri Dari Masa Depan berulang kali di pawagam.

Menyifatkan filem terbabit mempunyai magis tersendiri, Dion tidak menyangka sambutan penonton begitu luar biasa hingga ada yang menonton hampir 30 kali.

“Saya benar-benar tidak menduga filem ini memberi kesan mendalam kepada penonton. Ada yang menonton sebanyak 27 kali. Ada yang beritahu mereka menjadikan karya ini sebagai ruang untuk mencari ketenangan dan proses penyembuhan. Itu sesuatu yang sangat menyentuh hati saya.

“Menariknya, ada peminat berkongsi bahawa setiap kali mereka menonton, mereka mendapat sudut pandang berbeza terhadap jalan cerita. Mungkin itu yang membuatkan mereka kembali lagi ke pawagam,” katanya yang menggalas watak utama sebagai Jonathan.

Dion berkongsi perkara itu kepada XTRA ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berkenaan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain, Dion menjelaskan keserasian bersama gandingannya, Sheila Dara yang membawakan watak Sore tidak sukar dicapai memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam beberapa projek terdahulu.

“Sudah tentu ada cabaran untuk menghidupkan karakter masing-masing, tetapi kerana sudah terbiasa bekerja bersama, proses itu jadi lebih mudah,” jelasnya.

Filem arahan Yandy Laurens ini mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Academy (Oscar) ke-98 bagi kategori Best International Feature Film.

Sore Istri Dari Masa Depan turut diperluaskan tayangannya ke Malaysia dan bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 25 September dengan Primeworks Studios bertindak sebagai rakan pemasaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Nov 2025

“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

Namron meluahkan rasa tenang dan rendah diri apabila tidak terlalu menonjolkan dirinya sepanjang majlis berlangsung.

Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Trending Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Potong Rambut Dewi Watak ‘Johanna’, Cayalah Ayda Jebat!

Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini!

Filem Mon, 8 Jul 2019

Avengers X The Incredibles Crossover that Got Everyone Shook!

Did Disney already spoil a snippet of Avengers’ plot line back in 2004?

Trending Sun, 10 Apr 2022
Featured Tue, 11 Oct 2022

Diangkat Dari Kisah Benar, Filem Sayap-Sayap Patah Hampir Tidak Diterbitkan

Korang jangan lupa tengok! Sediakan tisu okay..😢

error: Content is protected !!