Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 28, 2025 @ 7:19pm

6 Sebab Peminat Wajib Tonton Filem Sore Istri Dari Masa Depan Di Pawagam!

“Jika aku harus hidup 10,000 kali, kuharap aku akan selalu memilihmu.”

Ungkapan ini benar-benar merangkum jiwa Sore: Istri dari Masa Depan, sebuah filem romantis sci-fi yang bukan sahaja mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia, malah kini turut menggegarkan pawagam Malaysia 2025. Cinta yang melangkaui masa dan pertemuan yang mengubah segalanya diadun indah dalam naskhah ini dan inilah antara sebab-sebab wajib tonton yang menjadikannya sebuah karya yang tak boleh dilepaskan

Plot Menarik dan Unik

Sore: Istri dari Masa Depan menggabungkan elemen romantis dan sains fiksyen dalam sebuah naratif yang segar dan berbeza. Kisahnya bermula dengan seorang lelaki biasa yang menjalani kehidupan harian seperti orang lain, namun segalanya berubah apabila muncul seorang wanita misteri yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan. Bukan sekadar kisah cinta cliche, filem ini membawa penonton menyelami persoalan tentang takdir, pilihan hidup dan makna cinta sejati yang merentasi masa.

Sinematografi Sempurna

Visual dalam filem ini tampil begitu menonjol dengan keindahan yang sukar diabaikan. Penggambaran di lokasi eksotik seperti Croatia dan Finland, digabungkan dengan pencahayaan dramatik, menjadikan setiap babak bukan sahaja sinematik tetapi juga meninggalkan rasa kagum yang mendalam. Lebih daripada sekadar paparan indah, ia mencipta suasana yang tenang, seakan membawa penonton hanyut dalam tema cinta serta masa depan yang penuh misteri.

Sambutan baik daripada penonton Indonesia

Selepas meraih pelbagai pujian dan respons positif di Indonesia, termasuk penonton yang mengaku menitiskan air mata kerana terlalu tersentuh, filem ini kini menemui penonton di Malaysia. Inilah peluang anda untuk turut merasai sendiri kehangatan fenomena yang sudah menggegarkan jutaan hati di layar lebar.

Keserasian Hebat Antara Pelakon Utama

Gandingan Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha benar-benar menghidupkan naskhah ini. Chemistry mereka begitu meyakinkan sehingga setiap interaksi terasa tulen dan penuh makna. Lakonan penuh jiwa yang dipersembahkan berjaya membawa penonton menyelami perjalanan emosi dua insan dari masa berbeza, namun dipertemukan oleh satu perkara yang abadi, cinta yang kekal selamanya.

Soundtrack Puitis, Menguatkan Emosi Filem

Lagu ‘Terbuang Dalam Waktu’ nyanyian Barasuara hadir sebagai runut bunyi yang begitu sempurna untuk Sore: Istri dari Masa Depan. Dengan lirik yang penuh sayu dan muzik mengalun mendalam yang meruntun jiwa, ia bukan sahaja seiring dengan sinematografi indah filem ini, malah menguatkan setiap babak visual, khususnya momen tanpa dialog yang sarat emosi.

Sentuhan Khas Extended Dari Web Series YouTube

Menariknya, filem ini merupakan versi lanjut (extended) daripada web series terkenal di YouTube, yang juga dibintangi oleh Dion Wiyoko. Siri tersebut sudah pun mempunyai peminat setia dan jumlah tontonan tinggi, menjadikan versi filem ini sebagai hadiah istimewa buat peminat lama dan juga penonton baru yang ingin merasai cerita secara lebih mendalam dan sinematik.

Sore Istri Dari Masa Depan turut diperluaskan tayangannya ke Malaysia dan menemui penonton di seluruh pawagam mulai 25 September dengan Primeworks Studios bertindak sebagai rakan pemasaran. Jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2025
Hiburan Tue, 13 Feb 2018

KONSEP FAIRYTALE DI MAJLIS RESEPSI FATTAH-FAZURA

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz memberitahu beliau dan suami perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi.

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

“Boleh Jatuh Haram Buat Rawatan Alat Kelamin Walau Alasan Untuk Suami” – Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ menyifatkan tindakan tersebut terjatuh dalam hukum haram

Trending Sun, 6 Jan 2019

Anak Menteri Antara Dua Ditahan Di Pusat Hiburan Kerana Positif Dadah

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Featured Thu, 24 Aug 2023
Trending Mon, 4 Mar 2019

坏情绪会造成身体的伤害!正确处理才能有效化解

每个人的身体里,都有情绪的地图,不论是恐惧、焦虑、内疚、压抑、愤怒,还是沮丧,都会影响到身体的器官,想要不生病,就要从做情绪的主人开始。

error: Content is protected !!