Euforia Bola 2026
Featured By: Padin September 29, 2025 @ 7:56pm

Ruang Permainan Sihat & Mesra Jadi Fokus Kempen ‘Rileks Je, Takyah Toksik’

MyGameOn dan SAYS Tech berjaya menganjurkan Rileks Je Takyah Toksik Lepak Session pada hujung minggu lalu, 27 September, bertempat di ATO Gaming Café, TTDI.

Acara ini menghimpunkan pemain permainan video, pencipta kandungan dan komuniti untuk sehari penuh dengan aktiviti permainan santai, tabletop games, perlawanan mesra Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), sesi perkongsian serta suasana positif.

Perhimpunan ini merupakan sebahagian daripada kempen Rileks Je, Takyah Toksik, sebuah gerakan yang menggalakkan ruang permainan lebih sihat dan mesra. Dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti yang dibahagikan mengikut zon.

Di Lepak Gaming Zone, stesen konsol menampilkan permainan popular seperti Dragon Ball Sparking Zero, Jump Force, Mario Kart 8 Deluxe, Overcooked dan banyak lagi. Sementara itu, Arcade Challenge Zone membawakan permainan arked retro yang cukup nostalgia seperti Daytona dan Gunblade NY.

Bagi peminat permainan kad, Tabletop & TCG Zone yang dianjurkan bersama Quantum Nexus memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri permainan Altered TCG dan Magic: The Gathering. Tidak ketinggalan, Retro Bazaar pula menarik perhatian dengan pelbagai koleksi konsol, permainan, komik serta memorabilia budaya pop yang unik.

Di pentas utama, program menampilkan sesi perkongsian mengenai pengenalan toxic gaming, perspektif pemain wanita, serta kesedaran kesihatan mental. Antara penceramah termasuk pengulas esport dan penstrim, Tashbunny, yang berkongsi pengalamannya sebagai wanita dalam industri permainan, serta Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah, pakar psikiatri, pensyarah USM dan anggota pasukan Esports MedicA.

Sementara itu, pemenang MLBB Fun Match membawa pulang 5,000 berlian dalam permainan. Menambah semangat interaktif, pengunjung turut dijemput berkongsi pengalaman peribadi melalui segmen Rileks Je Takyah Toksik – Community Confessions, menampilkan kisah cabaran serta detik positif dalam dunia permainan.

Sepanjang acara, peserta mengumpul cap di setiap stesen aktiviti untuk menebus beg cenderamata eksklusif yang diisi barangan daripada penaja seperti UniPin dan Trapo. Acara diakhiri dengan cabutan bertuah Logitech yang menghadiahkan peranti premium kepada beberapa peserta bertuah.

“Permainan video sepatutnya menyatukan orang, bukan memisahkan. Dengan Rileks Je, Takyah Toksik, kami mahu cipta ruang selamat dan menyeronokkan untuk komuniti menikmati permainan, berhubung, serta merenung cara kita melayan satu sama lain di alam maya,” kata Hazril Md Nor, Editor MyGameOn.

Acara ini direalisasikan dengan sokongan rakan lokasi ATO Gaming Café, bersama penaja UniPin, Trapo dan Logitech. Quantum Nexus pula menjadi rakan tabletop rasmi dengan mempersembahkan pengalaman Altered dan Magic: The Gathering.

Untuk maklumat lanjut, layari laman kempen rasmi di mygameon.my/takyahtoksik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

Featured Mon, 9 Dec 2024

Famili Duo 4: Salma & Ayie Rompak Gelaran Duo Terbaik, Dua Pasangan Tersingkir Diperingkat Separuh Akhir

Impian untuk melangkah ke pentas Akhir Famili Duo Musim keempat nampaknya tidak berpihak kepada dua pasangan duo pada kali ini. Menyaksikan persembahan adik beradik, Zahid dan Anne serta pasangan sepupu, Naqiu dan Joey, kedua pasangan […]

Trending Tue, 23 Feb 2021
Trending Mon, 8 Jan 2018

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Asrama

Hiburan Thu, 10 Oct 2024
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

WOW… Deepika Padukone Bakal Jadi Isteri November Depan?

Yang pasti perkahwinan dua nama besar dalam industri lakonan Bollywood ini ditunggu ramai. Mesti vassss kan!

Featured Thu, 25 May 2023

[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Did You Know About Seo In Guk’s Birth Secret?

He found out the same day everyone else did.

error: Content is protected !!