Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2025 @ 11:10am

Isu ‘Maintenance’ Tular, Ini Respons Anzalna Nasir – “Setiap Isteri Impi Suami Yang Bertanggungjawab & Mampu Sediakan Keperluan Mereka”

‘Setiap isteri impikan suami yang boleh dan mampu menyediakan keperluan mereka’, demikian respons pelakon jelita, Anzalna Nasir selepas videonya bersama suami, Hanif Zaki berkenaan ‘maintenance’ tular.

Kata Anzalna, tidak semua lelaki cakna mengenai tanggungjawab tersebut. Oleh itu, sebagai wanita ataupun isteri, golongan ini seharusnya mengingatkan pasangan mereka berkenaan amanah tersebut agar suami mereka tidak terus menerus melakukan dosa tanpa sedar .

“Video saya dengan Hanif pasal maintenance viral. Setiap isteri mengimpikan memiliki suami yang bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan mereka. Betul kan? Tapi tak semua lelaki/suami cakna dengan tanggungjawab mereka.

“Sebagai seorang isteri, kita patut mengingatkan tentang tanggungjawab mereka supaya mereka tidak terus menerus melakukan dosa tanpa mereka sedar sekali gus ini adalah salah satu cara untuk rezeki mereka tidak putus dek kerana sentiasa memberi kepada keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Jelasnya, jumlah yang diberikan juga tidak seharusnya besar namun harus mengikut kemampuan masing-masing dek kerana ia adalah tanggungjawab dalam rumah tangga.

“Tak kisahlah jika suami memberikan jumlah yang kecil atau besar kerana itu adalah tanggungjawab mereka dalam urusan rumah tangga,” jelasnya.

Tidak habis disitu, ibu anak dua ini juga mengingatkan agar para isteri sentiasa mendoakan suami mereka supaya dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Sentiasa ingat dan mendoakan suami anda supaya Allah merahmati mereka dengan rezeki yang luas dan melimpah ruah,”kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan sifat pemurah yang dimiliki oleh penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia sebentar tadi. Menurut Nadir, dia terkejut selepas mengetahui perkhabaran mengenai pemergian penyanyi itu kerana dia […]

Trending Tue, 5 May 2020
FESYEN Thu, 10 Oct 2019

This is How Neelofa Single-Handedly Uplifts Modest Fashion to Greater Heights

She is literally a fashion icon whom millennials should look up to!

Trending Fri, 4 Sep 2020
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tayang Hidup Mewah Ini Satu Penyakit, Geli Kepada Mereka Yang Tak Reti Bersyukur” – PU Riz

Bermewah ada efek bahagia tapi itu bukan segala-galanya – PU Riz

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.   […]

error: Content is protected !!