Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 30, 2025 @ 5:06pm

Lafaz Taklik Sah, Rumah Tangga Along Cham & Afreena Berakhir

Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham, akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, selepas Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz taklik yang dibuatnya pada 18 Jun 2024.

Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu diumumkan Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi yang memutuskan lafaz talak secara taklik oleh plaintif (Along) adalah sah, sekali gus mengesahkan perceraian pasangan berkenaan.

“Berhubung pengesahan lafaz rujuk pada 29 Jun lalu, defendan sudah mengangkat sumpah nafi bahawa tiada lafaz rujuk berlaku sepanjang tempoh idah.

“Mahkamah juga mendapati lafaz taklik kedua oleh plaintif pada Julai tahun lalu tidak sempurna dan tidak membawa kepada perceraian kali kedua,” katanya.

Terdahulu, Afreena diminta mengangkat sumpah nafi berkaitan dakwaannya bahawa plaintif tidak pernah melafazkan rujuk sepanjang idah.

Permohonan pengesahan lafaz cerai secara taklik itu difailkan Along pada Januari lalu.

Untuk rekod, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena bernikah pada 4 April tahun lalu.

Perkahwinan itu adalah yang kedua buat Along selepas berpisah dengan Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, kini berusia 14 tahun.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemah Selepas Terkandas Dalam Banjir Selama 2 Hingga 3 Hari

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemah dan mengalami gejala muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam pada Rabu. Menurut pakar perubatan kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal […]

Featured Thu, 26 Jun 2025

Ismail Izzani Kembali Dengan ‘Tenggelam’, Sarat Dengan Emosi & Jiwa

Tenggelam jadi permulaan kepada lebih banyak lagi karya Ismail Izzani.

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Mon, 14 Aug 2023
Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bertunang Ogos Lalu

Wahhhh, dalam diam ek she! Alhamdulillah, one step closer Eyka ❤️ Akhyar.

Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Famili Duo 3: Enggan Isteri Banyak Bergerak, Fuad Rahman Terpaksa Buang Imej ‘Rockstar’ Demi Tom?

Wahh tak sabar nak tengok persembahan Fuad & Tom malam ni dekat Famili Duo!

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
error: Content is protected !!