Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:47pm

Lagi Video Acah Berkenaan Galaxy Note 9 Dikeluarkan Oleh Samsung

Selepas kami melaporkan berkenaan satu video acah yang dikirimkan oleh pihak Samsung berkaitan bateri perantiGalaxy Note 9 di laman Youtube mereka semalam, kami dapati Samsung turut mengirimkan dua video lain tentang peranti yang sama.

 

Video yang pertama adalah tentang ruang simpanan peranti. Dalam video tersebut, seorang pengguna telefon pintar dilihat terpaksa memadam beberapa aplikasi dan fail media bagi memberi ruang kepada satu muat turun yang sedang dijalankan.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Galaxy Note 9 bakal hadir dengan ruang simpanan dalaman berkapasiti gergasi. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan salah satu variasi peranti ini akan didatangkan dengan ruang simpanan dalaman sebesar 512 GB.

 

Video yang kedua telah menayangkan bagaimana seorang pengguna gagal untuk membuka fail PDF yang diperlukan. Ia masih gagal dibuka walaupun pengguna tersebut telah menghentikan beberapa fungsi seperti kemaskini automatik dan bertukar daripada mengguna Wi-fi ke sambungan 4G.

Namun video ini menimbulkan sedikit persoalan di laman Youtube, di mana penonton tertanya-tanya sama ada video ini adalah berkaitan sokongan RAM ataupun sambungan internet peranti.

Apa pun, segala persoalan akan terjawab pada 9 Ogos ini, di mana Samsung akan mengadakan satu majlis perkenalan untuk Galaxy Note 9 di New York.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 5 Mar 2018

Cara Mudah Kongsi Fail Daripada Android Ke PC

Ramai yang tidak tahu betapa mudahnya untuk berkongsi fail daripada android ke PC. Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung perantiAndroid terus ke PC secara “Wireless”. Kaedah ini bukan sahaja untuk berkongsi fail […]

Contest Fri, 18 Oct 2019

Win an HONOR 20 and More by Just Snapping the Most Picturesque #DayNight Shot

Flaunt your creativity with HONOR’s #DayNight Photography Contest.

TECH Tue, 4 Sep 2018

IG版面泄露你的隐藏性格!使用「这种色调」忧郁指数最高

IG时代不光是照片要好看,连版面也要干净整洁,你的版面是哪种呢?其实你选择的色调,能够看出隐藏的性格。

TECH Tue, 3 Sep 2019

Cara Memuatkan Video Instagram Story selama lebih daripada 14 saat

Sejak mengemaskini aplikasi Instagram ini, pengguna boleh memuat naik video Instagram Stories selama lebih daripada 14 saat. Bagaimana?

TECH Wed, 17 Jan 2018

Cara Melepasi “Website” Yang Disekat Tanpa Perlu Sebarang Aplikasi

Ingin melayari Website yang di’Blocked’ tanda sebarang aplikasi? Cubalah tips ini.

TECH Sat, 3 Aug 2019

Cara Semak IMEI Handphone

IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

TECH Thu, 26 Jul 2018

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Ketika peranti premium mereka, Samsung Galaxy Note 9 belum pun diperkenalkan secara rasmi, Samsung kini diberitakan sedang dalam usaha membangunkan peranti menfokuskan permainan video mereka sendiri. Apa yang mengejutkan, ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy X. Galaxy X […]

Automobile Tue, 27 Nov 2018

Sunway Pyramid’s New Parking System Doesn’t Use Tickets Anymore

You don’t have to use Sunway Pals or Touch n’ Go cards either!

Automobile Wed, 21 Feb 2018

轮胎沟槽卡到小石头需要清理吗?

相信有开车的网友们,每次在路经碎石的路段后,时不时会出现小石头卡到轮胎沟槽内的现象,问题来了到底需要清理吗?会对行车安全造成影响吗?

TECH Tue, 24 Jul 2018

「1秒内瞬间充饱手机」超级量子电池将问世

澳洲研究人员正在研发全球第一款「量子电池」号称不到一秒就能完成充电,而大型的量子电池,甚至还能成为新能源储存的新解决方案。

error: Content is protected !!