Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal August 3, 2019 @ 6:04pm

Cara Semak IMEI Handphone

Bagaimanakah cara untuk mengetahui no IMEI telefon bimbit anda? Penting sangatkah IMEI ini?

Apa itu nombor IMEI dan bagaimanakah cara untuk anda mengetahui atau mendapatkan nombor IMEI handphone anda.

Nombor IMEI: Pengenalan ringkas

IMEI adalah kata singkatan bagi ” International Mobile Equipment Identity “. Ia wujud dalam bentuk nombor dan unik – Setiap telefon mempunyai nombor IMEI yang berbeza.

APAKAH KEGUNAAN IMEI ?

IMEI digunakan oleh GSM untuk mengenalpasti setiap telefon bimbit. Dalam erti lain kata IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

Kenyataan diatas amat penting dan harus diketahui oleh semua pengguna handphone.

Jika handphone anda dicuri, anda boleh melaporkan kecurian tersebut dan menghantar nombor IMEI handphone tersebut pada service provider anda (celcom, Digi, Maxis dan sebagainya) untuk disenarai hitamkan.

Jika IMEI tersebut disenarai hitamkan (blacklisted), handphone tersebut tidak dapat digunakan sampai bila-bila walaupun si pencuri tadi menganti SIM handphone tersebut.

STRUKTUR NOMBOR IMEI

IMEI terdiri daripada 15-16 digit nombor. Berikut merupakan contoh nombor IMEI.

nombor imei pada handphone

Cara Mendapatkan Nombor IMEI

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan nombor IMEI untuk telefon bimbit jenis Android dan juga iPhone.

UNTUK ANDROID

1. Dail *#06#

Seperti mana-mana telefon GSM anda boleh mendapatkan nombor IMEI dengan mendail kod *#06# pada handphone anda. Nombor IMEI handphone anda akan keluar selepas anda habis mendail kod tersebut.

2. Daripada Setting Handphone

Untuk mencari nombor IMEI daripada setting pergi ke: Setting>About Device>Status. Skrol skrin anda sehingga anda jumpa IMEI.

3. Dalam Google Dashboard

Jika anda pernah memuat turun aplikasi daripada Google Play maklumat handphone anda ada tersimpan dalam Google Dashboard. Buka Google Dashboard dan log in. Pergi ke bahagian Android devices. Nombor IMEI anda akan terpapar di sini.

Cara ini amat berguna jika handphone anda hilang dan anda ingin melaporkan kehilangan handphone tersebut.

4. Dibawah Bahagian Bateri

Jika handphone anda adalah jenis yang baterinya boleh ditanggalkan, selalunya nombor IMEI ada diletakkan didalam bahagian bateri tersebut.

5. Kotak Handphone

Jika anda masih lagi menyimpan bekas kotak handphone tersebut, cuba lihat pada bahagian tepi atau belakang. Selalunya nombor IMEI diletakkan pada bahagian ini.

 

UNTUK IPHONE

1. Dail *#06#

Seperti Android cara yang paling mudah untuk mendapatkan IMEI handphone anda adalah dengan mendail kod *#06#.

2. Daripada bahagian setting

IMEI juga boleh disemak pada bahagian setting. Pergi ke Setting>General>Device Information dan cari no IMEI.

3. Melalui iTunes

Selain daripada itu anda boleh mendapatkan no IMEI melalui aplikasi iTunes. Masuk ke dalam akaun iTunes anda dan pergi ke bahagian “phone information”. Klik 2 kali pada iPhone anda untuk mempamerkan no IMEI.

 

4. Belakang iPhone anda

Nombor IMEI juga ada tertera pada bahagian belakang iPhone anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

5. Pada bekas kotak handphone

Jika anda masih menyimpan kotak iPhone anda, cuba lihat pada bahagian belakang kotak tersebut. No IMEI ada dicetak pada bahagian bawah bersama-sama info lain seperti snombor siri.

sumber: infosantai.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

TECH Wed, 4 Sep 2019

3 Langkah Pulihkan Gambar Yang “Blur”

Gambar ‘blur’? Ketahui cara-cara memulihkan gambar anda yang ‘blur’.

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

TECH Mon, 8 Jul 2019

Cara Menukar Tanda “Bluetick” Kepada simbol Lain Pada Whatsapp

kepada anda yang berasa bosan dengan penampilan yang sedia ada pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tanda Bluetick kepada ikon yang lebih menarik.

Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

TECH Thu, 4 Jan 2018

Tips Memadam Gambar Yang Tidak Diingini (Junk File) Pada Whatsapp

Mematikan proses “Auto Download” berkemungkinan akan menyebabkan anda terlepas informasi terkini daripada ahli – ahli yang lain pada kumpulan Whatsapp.

TECH Sat, 6 Jul 2019
TECH Wed, 23 Jan 2019

Bigger and Better Smartphone Experience with Nokia 3.1 Plus

They recently released a 6-inch version.

error: Content is protected !!