Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 17, 2025 @ 8:28pm

XTRA XSTAR 2025: Persaingan Semakin Hangat! Peserta Top 20 Bakal Diberi Cabaran

Pencarian bakat nyanyian XTRA XSTAR 2025, semakin mendebarkan apabila kempen ini bakal melangkah ke fasa seterusnya. Selepas menerima ratusan penyertaan dari seluruh negara, hanya 20 peserta terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Top 20.

Menariknya, kesemua finalis yang terpilih bukan sahaja akan dinilai berdasarkan vokal mantap dan karisma, tetapi juga perlu menyahut cabaran baharu. Setiap seorang bakal dikehendaki merakam tiga video nyanyian eksklusif yang kemudiannya akan dikongsikan melalui platform digital rasmi XTRA sepanjang tempoh undian bermula 23 September hingga 12 Oktober 2025.

Pendekatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat untuk menikmati lebih banyak persembahan, malah ia membuka ruang buat peserta menonjolkan kepelbagaian vokal dan kreativiti mereka. Cabaran ini juga dijangka menjadi medan penting untuk membina hubungan lebih rapat antara peserta dan penonton, sekali gus menentukan hala tuju perjalanan mereka dalam pertandingan.

Undian daripada peminat akan digabungkan bersama markah juri profesional bagi menentukan siapakah yang layak melangkah ke peringkat seterusnya. Dengan format ini, peminat kini memegang peranan besar dalam membantu idola pilihan mereka mara ke pentas showcase finale yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober 2025.

XTRA XSTAR 2025 bukan sekadar pertandingan nyanyian, sebaliknya ia menjadi medan melahirkan bintang baharu yang berpotensi menyerlah dalam industri muzik tanah air. Nantikan pengumuman rasmi Top 20 tidak lama lagi dan jangan lupa bersedia untuk menyokong peserta kegemaran anda!

Bukan sahaja bakal membawa pulang gelaran XTRA XSTAR 2025, malah juara juga akan ditawarkan kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents.

Lebih istimewa, pemenang turut dijanjikan liputan meluas di pelbagai platform XTRA dan Media Prima, termasuk peluang ditemu bual secara eksklusif serta penampilan di rancangan hiburan popular.

Setiap undi yang anda berikan mampu membuka jalan untuk lahirnya bintang baharu industri muzik tempatan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan mengundi di www.xtra.com.my/xtraxstar.

Untuk info terkini, ikuti akaun rasmi @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook dan X.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

‘Awek Cendol’ Putus Cinta?

Perkongsian beberapa info dan gambar di laman Twitter menulis, pasangan yang pernah hangat bercinta itu dikhabarkan kini membawa haluan masing-masing.

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Trending Wed, 21 Apr 2021

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Ibu bapa, guru dan pelajar patuh SOP okay!

Featured Wed, 23 Jul 2025

Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Saleha bagaimanapun sekaan memberi hint apabila mahu mengambil cuti panjang.

Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Sharnaaz Lepas Geram Pada Siapa??

Sudah pasti kes penceraian pelakon, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila yang masih belum selesai membuatkan pelakon Cinta Bukan Kristal itu amat merindui anak tunggal mereka, Jebat Jayden yang buat masa ini tinggal bersama […]

Events Wed, 8 Oct 2025
error: Content is protected !!