Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:52pm

Honor Note 10 Mungkin Hadir Dengan Edisi Rolls-Royce

Menjelang hari pelancarannya pada 31 Julai ini, pelbagai maklumat berkenaan peranti Honor Note 10 telah didedahkan oleh pakar-pakar tiris di laman internet. Yang terbaru, peranti ini dikatakan akan hadir dengan edisi istimewa, Rolls-Royce.

Ia berikutan satu imej yang tular hasil pendedahan yang dibuat oleh laman tirisan terkenal, Slashleaks. Kiriman imej ini telah dibuat pada 14 Julai yang lalu, namun telah menjadi tular sejak beberapa hari yang lepas.Kredit : Slashleaks

Ia mengingatkan kami kepada sebuah peranti Huawei yang juga pernah hadir dengan edisi istimewa membabitkan jenama kenderaan mewah iaitu Huawei Mate 10 Porsche Design. Ia telah mendapat sambutan hangat walaupun dijual dengan harga yang agak mahal ketika itu.

Dalam satu laporan berbeza, Honor dikatakan telah membuat pengesahan bahawa Note 10 ini akan hadir dengan bateri berkapasiti sebesar 5,000 mAh. Perkara ini diumumkan melalui satu iklan acah yang telah dikeluarkan oleh mereka.

Kredit : Weibo

Sekiranya kedua-dua laporan ini benar, ternyata Honor Note 10 adalah satu peranti yang akan memberikan keterujaan kepada peminat telefon pintar. Harga peranti juga akan menjadi tanda-tanya kerana Honor sebelum ini terkenal sebagai jenama yang menghasilkan peranti dengan harga mampu milik.

Segala persoalan yang bermain di minda pasti akan terjawab semasa majlis pelancaran peranti ini di China pada 31 Julai kelak. Mari kita sama-sama nantikan ketibaan hari tersebut dengan penuh rasa sabar.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 19 Mar 2018

The Future is Here: 3D-Printed 8-bit Sushi is Completely Edible!

It seems like the future has finally arrived!

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Sat, 5 May 2018

Bina Kata Laluan Paling Kukuh Dengan 4 Langkah Selamat Ini

kata laluan yang betul-betul kukuh bagi menyukarkan penggodam atau penjenayah siber menggodam akaun kita…

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

TECH Wed, 19 Sep 2018

Menambahkan Lokasi Perniagaan Anda Pada Google Maps

Kepada anda yang mempunyai perniagaan sendiri atau ingin kemaskini lokasi bagi sesuatu tempat, berikut kami kongsikan tutorialnya.

TECH Wed, 18 Dec 2019

Dengan Satu Hantaran Mesej Pada Aplikasi WhatsApp Menyebabkan Mesej Grup Dipadam

Berpunca daripada pepijat aplikasi tersebut yang boleh diekplotasi untuk dijadikan senjata oleh penyerang.

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

TECH Tue, 2 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang 2017

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Wed, 12 Jun 2019

研究显示:女性夜间开灯睡觉容易变胖

除了吃得多运动少以外,夜里开灯睡觉可能会让人变得肥胖!

error: Content is protected !!