Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 1, 2025 @ 9:30pm

Madam Mariyah Kesal Bekas Suami Lafaz Cerai Ketika Live TikTok – “Saya Bukan Perempuan Gila! Sampai Sekarang Orang Hina Saya”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madam Mariyah mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan bekas suaminya, Mr S, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, semalam.

Wanita dengan nama sebenar Mariyah Yaakob itu hadir ke mahkamah ditemani pembantu peribadi serta peguam bagi prosiding perceraian.

Mariyah memberitahu, mereka terkejut apabila Mr S muncul bersama dua pengawal peribadi, ahli keluarga serta saudara mara, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar lapan orang.

“Sedangkan saya hanya datang dengan pembantu peribadi dan peguam. Peguam saya pun terkejut bila nampak dia hadir bersama bodyguard dan keluarganya sekali. Kami sah bercerai dengan talak satu, bukannya talak tiga atau talak 10 seperti yang diperkatakan orang ramai.

“Peguam saya sudah kemukakan tuntutan melibatkan hak penjagaan anak-anak, nafkah edah dan mutaah. Tetapi pihak Mr S enggan bersetuju dengan apa-apa yang diminta. Katanya, prosiding semalam hanya untuk pengesahan perceraian semata-mata.

“Saya berniat untuk selesaikan semua sekali gus, supaya tidak perlu datang berkali-kali ke mahkamah. Lagipun masa saya agak terhad. Tetapi dia minta supaya semua perkara lain difailkan kemudian,” jelas Mariyah kepada XTRA.

Mariyah yang ditemani anak pertamanya, Ezuan Hafsham bertemu pemberita di sidang media di Bukit Bintang, sebentar tadi.

Terdahulu, Mariyah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya diceraikan secara langsung menerusi siaran di platform TikTok pada 7 Ogos lalu.

Ketika itu, Mr S meninggalkan komen berbunyi, “Dengan nama Allah, Mariyah binti Yaakob, aku ceraikan kau.”

Tambah Mariyah, dia kesal kerana suami meninggalkan komen menceraikannya ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok dan perkara terbabit menjadi mainan orang.

“Saya kesal dia ceraikan saya semasa saya sedang ‘live’ dan ayat itu sekarang ini menjadi mainan orang. Netizen meninggalkan komen serupa sewaktu saya sedang berniaga live di TikTok dan ia menjadi bahan ejekan orang.

“Dia dah tabur pasir dalam periuk nasi saya. Jika dia seorang yang ‘gentleman’, dia boleh bertemu saya secara baik dan beritahu dia mahu ceraikan saya. Saya bukannya perempuan gila, saya usahawan.

“Tapi kenapa dia sebagai seorang lelaki, tak gentleman, ceraikan isteri ketika live? Sampai sekarang orang hina saya,” katanya.

Walau diuji dengan pengalaman getir itu, Mariyah kini mahu menutup lembaran lama dan terus melangkah ke hadapan. Dia yang kini menubuhkan syarikat Auramaria bertekad untuk mencapai kejayaan melalui produk kopi keluarannya, Che’lims.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

Ladies, Jangan Patah Hati…Justin Bieber Umum Dah Beristeri

Sweet betul pasangan pengantin baru ni kan?

Hiburan Fri, 18 Apr 2025

Bercinta Sejak Marissa Sekolah Rendah, Suami Abby Abadi Pernah Tampar Aslam

Abby Abadi dedah suami pernah tampar Aslam selepas kantoi bercinta dengan Marissa di bangku sekolah

error: Content is protected !!