Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2024 @ 1:10pm

“Perasaan Cinta Tak Boleh Dijual Beli” – Tekad Enggan Lafaz Cerai, Farid Kamil Yakin Hanya Dia Mampu Menyayangi & Menjaga Diana Danielle

“Perasaan cinta tak boleh dijual beli,” demikian kenyataan pelakon, Farid Kamil yang bertegas enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle.

Memetik laporan OhBulan, Farid berkata dia mahu memperjuangkan rumah tangganya yang terbina hampir 12 tahun atas rasa sayang yang ‘menggunung’ kepada isteri dan anak-anak.

“Alhamdulillah antaranya sebab kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat tapi susah untuk kalau dijual dan beli. Pada saya, saya sayangkan isteri dan anak anak saya dan perjuangan mesti diteruskan,” katanya.

Dalam masa sama, Farid dengan penuh keyakinan mengiyakan pertanyaan media bahawa dia adalah satu-satunya insan yang mampu menjaga dan menyayangi Diana.

Apabila ditanya adakah dia satu-satunya insan yang mampu menjaga dan menyayangi isterinya itu, Farid dengan yakin mengiyakannya.

“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada hemat saya perkahwinan kami dirahmati saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan,” katanya lagi.

Aktor filem Anwar: The Untold Story ini turut menafikan dakwaan Diana yang menganggap tindakannya tidak mahu melafazkan cerai itu zalim.

“Perkataan zalim itu perkataan yang besar dan hanya boleh diperjemahkan di mahkamah. Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul.

“Itu adalah prosesnya, tiada unsur penindasan
sebab malaysia sebuah negara yang sangat madani ada sistem mahkamah peraturan kaunselor syariah yang boleh menasihati bukan pecah belahkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Pada 20 November lalu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk pengesahan rujuk sebelum meneruskan prosiding pertama perceraian, pada Isnin (16 November).

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Terdahulu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Pada 10 Ogos 2023, mereka sah bercerai talak satu menerusi namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun.

Sumber: OhBulan!

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2019

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Anak-anak akan membesar, jadi biarlah dapat luangkan masa bersama mereka.

Featured Mon, 24 Nov 2025

Suasana Pentas Konsert GenKRU The Finale Bertukar Pilu, Norman Dedah Bapa Dalam Keadaan Kritikal

Norman memaklumkan, sekitar tiga minggu lepas, bapa mereka, Abdul Halim Kamal, 84, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Trending Tue, 5 Jan 2021
Featured Thu, 1 Aug 2024
Trending Sat, 4 May 2019

Nurul Hidayah Merayu Beri Peluang

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan bapanya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

error: Content is protected !!