Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2025 @ 10:42am

Ardell Aryana Kongsi Momen Cemas Sebelum Lakukan SOS – “Saya Dengar Jeritan Demi Jeritan…”

Pelakon dan aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana menjadi antara peserta yang ditunggu-tunggu melakukan sesi siaran langsung terutama ketika berdepan momen mencemaskan apabila kapal Mikeno yang dinaikinya didatangi pihak Isr**l.

Menerusi video yang dikongsikan seawal jam 2 pagi (waktu Malaysia), Ardell memaklumkan, kapal dinaikinya telah didatangi pihak penceroboh sebelum sistem komunikasi milik kapal berkenaan turut diganggu.

Malah, Ardell sempat berkongsi panggilan radio yang diterima oleh pihak penceroboh ketika memberikan pesanan kepada para peserta GSF.

“See you in jail,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Ardell juga berkongsi perkembangan terkini rakan-rakannya apabila kapal milik Huga yang dinaiki penyanyi Zizi Kirana dan kapal terbesar iaitu Alma dinaiki aktivis Malaysia lain turut dipintas penceroboh.

Bahkan, dia juga berkata terdengar beberapa jeritan yang datang daripada rakan-rakannya namun tidak mengetahui dengan lanjut situasi yang berlaku.

“Beberapa kapal milik rakan-rakna saya telahpun dipintas dan saya dengar ada yang menjerit-jerit saya tak tahu apa yang pihak penceroboh lakukan.

“Saya tak risau tentang apa yang mereka nak ugut kami. Walaupun mereka kata see you in jail. Tak gentar kalau nyawa kami sudah tiada.

“Tapi saya sebak apabila memikirkan jarak kapal kami dan Gaza sangatlah dekat,” kongsinya.

Tidak habis disitu, ibu anak dua ini sempat memaklumkan menerusi hantaran di ruangan TikTok Story miliknya bahawa penceroboh sedang menyekat rangkaian komunikasi milik mereka meskipun dia cuba untuk menyorok telefon bimbit miliknya.

Terkini, seawal pukul 6 pagi, Ardell sekali lagi berkongsi siarang langsung sambil memberikan isyarat ‘save our soul’ (SOS) kepada masyarakat sebelum gagal dihubungi dan kapal Mikeno miliknya gagal dikesan.

Sebelum ini, Ardell pernah menitipkan pesanan menyentuh hati kepada masyarakat.

Jelasnya, jika suatu hari dia membuat siaran langsung (live) dalam situasi genting, maka itu dianggap sebagai kata-kata terakhirnya buat semua.

“Terima kasih dan Assalamualaikum,” itulah ungkapan yang disifatkan Ardell sebagai penutup terakhir andai saat itu tiba.

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, seramai 12 rakyat Malaysia telahpun ditahan pihak rejim Isr**l.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025

“Memang Orang Yang Selalu Diganggu Perlu Ada Pendinding Tapi…” – Ara Johari

Penyanyi dan pelakon, Ara Johari, tampil memberi pandangannya berhubung dakwaan kononnya wujud unsur ‘buatan orang’ dalam pertandingan nyanyian.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Netizen Tanya Rahsia Langsing, Apa Jawab Lufya Omar?

Amal cara tradisional jaga penampilan.

Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Tue, 12 Nov 2024

Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Kata Faz, dia tidak bermaksud riak menunjukkan kebahagiaan sebaliknya ia adalah luahan daripada hatinya.

Trending Thu, 6 Dec 2018

Harimau Malaya Mara ke FINAL Piala AFF

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya!

error: Content is protected !!