Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2025 @ 10:21pm

Kapal Mikeno, Ardell Aryana Disahkan Telah Dipintas Tentera Isr**l

Kapal Mikeno dinaiki pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana yang terputus komunikasi dan tidak dapat dikesan sejak tengah hari tadi kini dilaporkan telah ditahan oleh tentera Isr**l.

Menerusi perkongsian di YouTube Cinta Gaza Malaysia, video ‘SOS’ Ardell telah pun dimuat naik, menandakan selebriti itu dibawah penahanan zi*nist.

Sementara itu, kapal Estrella Y Manuel yang membawa empat aktivis tanah air iaitu PU Rahmat Ikhsan, Mohd Asmawi, Norazman Ishak dan Norhelmi Ab Ghani dilaporkan juga telah dipintas IDF.

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim mengesahkan sebanyak 23 aktivis kemanusiaan Malaysia telah dipintas dan ditahan.

Pada petang tadi, sebuah perhimpunan #Stand4Sumud membanjiri kawasan The Linc Kuala Lumpur, berarak menuju Kedutaan Amerika Syarikat sebagai solidariti kepada sukarelawan yang dipindas Isr**l.

Artikel Berkaitan: Himpunan #Stand4Sumud, Air Mata & Doa Rakyat Malaysia Iringi Sukarelawan Aktivis Kemanusiaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Trending Fri, 16 Oct 2020

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Semoga Malaysia dijauhkan dari Covid-19

Events Tue, 13 Aug 2019

Selepas Sabah, Ujibakat Mentor Milenia Kini Di Kuala Lumpur!

Korang yang confident boleh menyanyi dan mempunyai bakat tu, bolehlah datang ke sesi ujibakat Mentor Milenia nanti!

Hiburan Sat, 11 Jan 2020

TT Live Mall Sedia Platform Perniagaan Untuk Selebriti, Orang Ramai

TT Live Mall juga dijangka melebarkan sayap ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China.

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Erma Fatima Sifatkan Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tidak Munasabah

Erma Fatima menyifatkan tuduhan yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad bersikap biadab sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Trending Mon, 27 Jul 2020

13 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan

Pertambahan kes semakin membimbangkan gais!

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐

error: Content is protected !!