Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2025 @ 10:06pm

Syamel Buka Mulut Isu Netizen Pertikai Misi Kemanusiaan Pejuang GSF – “Jangan Persoalkan Andai Diri Sendiri Tak Mampu Tandingi Ikhlas Mereka”

Penyanyi popular, Syamel tidak ketinggalan meluahkan pendapatnya berhubung sikap segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan pejuang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu, andai tidak mampu menandingi tahap keikhlasan dan kekuatan iman yang dimiliki para peserta misi, maka sebaiknya golongan itu memilih untuk berdiam diri dan tidak mempertikaikan keputusan mereka.

“Jangan dipertikai kenapa mereka ke sana jika kita sendiri takmampu menandingi tahap keikhlasan dan kebesaran iman jiwa pelayar GSF.
“Ya Allah kau sampaikanlah hajat mereka untuk membawa segala bekalan dan khabar kepada saudara kami di Gaza,” katanya.
Dalam pada itu, Syamel juga menitipkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi berkongsi perkembangan terkini mengenai status sukarelawan Malaysia yang terlibat.
“Thank you juga semua pemberi sumber dan update di semua platform media untuk kami dapat update dari masa ke semasa.

“Semoga Allah berkati segala usaha dan niat kita,” jelasnya.

Pada Khamis, negara dikejutkan dengan pemintasan kapal yang dinaiki delegasi Malaysia oleh pihak penceroboh diperairan laut menuju Gaza dalam misi memecahkan kepungan dan memberi bantuan berupa makanan kepada penduduk di negara bergolak itu.

Antara rakan selebriti yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini adalah, Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, aktivis Farah Lee, Haroqs, Ilya Balqis dan ramai lagi.

Namun, sehingga kini kesemua 23 aktivis kemanusiaan yang ditahan dilaporkan selamat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Bolos 15 Kategori, Nik Amir Tak Sangka Imaginur Dominasi Pencalonan FFM 33

Nik Amir Mustapha tak sangka Imaginur mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33.

Featured Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Mon, 21 Jul 2025
error: Content is protected !!