Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2025 @ 7:31pm

Asrilia Intai Peluang Di Malaysia, Impi Kolaborasi Bersama Siti Nurhaliza

Penyanyi baharu dari Indonesia, Asrilia menyimpan impian besar untuk berkolaborasi dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Asrilia Kurniati yang berasal dari Palembang ini menjelaskan bahawa hasrat itu timbul kerana Siti menjadi antara idolanya sejak zaman persekolahan.

“Saya mengagumi Siti Nurhaliza sejak lama. Banyak lagunya yang saya gemari seperti Aku Cinta Padamu, Bukan Cinta Biasa, Wajah Kekasih, Cindai, Seindah Biasa dan lain-lain.

“Kalau ada peluang untuk berduet dengan artis Malaysia, pilihan utama saya sudah pasti Siti kerana kehebatannya tiada tandingan. Saya percaya ramai penyanyi Indonesia juga mengidolakan beliau,” katanya.

Pemilik suara untuk lagu Di Mana Salahnya dan Semakin Rindu Kemarin ini turut mengakui mahu membina nama di Malaysia.

“Indonesia dan Malaysia mempunyai budaya yang dekat. Jadi saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan bakat saya di Malaysia.

“Sebagai langkah awal, saya merakamkan semula lagu popular Terima Kasih Cinta yang asalnya dipersembahkan Afgan. Lagu itu memang sangat dikenali di Malaysia.

“Versi yang saya bawakan adalah nyanyian seorang wanita, jadi ia memberi sedikit kelainan. Saya hanya mahu berkongsi bakat, bukan untuk menumpang populariti lagu tersebut. Harapnya versi ini diterima oleh peminat di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Asrilia menyatakan dirinya terbuka menerima apa sahaja komen atau kritikan daripada netizen.

“Bagi saya, soal publisiti murah atau tidak, itu terpulang kepada orang ramai untuk menilainya. Sebagai artis, kita harus bersedia jika apa yang kita lakukan ditafsir dengan pelbagai cara.

“Kalau niat kita disalah faham, itu lumrah. Jangan cepat melenting kerana kita sendiri yang memilih untuk menjadi public figure.

“Kita bukan sekadar berkongsi bakat, tetapi perlu kuat fizikal dan mental untuk menghadapi apa sahaja situasi. Pendek kata, publisiti baik atau buruk harus diterima, asalkan kita tidak terlibat dengan jenayah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Trending Thu, 13 Jun 2019

你没散光!这棵怪树真的长这样

你没散光!这棵怪树「旭日紫荆」真的就长这样……

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Aleeza Kassim Kongsi Cerita Pertama Kali Mengajar Neelofa Jadi Model

Bila peragawati kelas A berkongsi tips…dengar tu!

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Ibu Amy Search Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Amy Search, Fatimah Idris meninggal dunia jam 6 petang semalam. Perkhabaran duka ini dikongsi oleh Amy menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam. “Doakan ibu saya, Hajjah Fatimah […]

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

HERE’S THE TOP 10 MOST LISTENED-TO KPOP GROUPS ON SPOTIFY

These bands are doing really well and the stats are here to prove it.

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
error: Content is protected !!