Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 3, 2025 @ 11:57am

Greta Thunberg, Haroqs Beri Inspirasi, Ramai Generasi Muda Mula Daftar Diri Jadi Sukarelawan Sumud Flotilla

Perjuangan anak muda seperti aktivis kemanusiaan Sweeden, Greta Thunberg, 22, dan sukarelawan Malaysia,Hareez Adzrami, 25, (Haroqs) menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) lebih dikenali sebagai Haroqs menyuntik inspirasi kepada generasi kini.

Menerusi beberapa ciapan di platform Threads, tular beberapa kenyataan anak-anak muda yang memaklumkan mereka sudah mula mendaftarkan diri menjadi sukarelawan, gara-gara tersentuh melihat Greta dan Haroqs.


Difahamkan, antara kriteria yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan Misi GSF adalah mempunyai kemahiran dalam berenang atau menyelam, kewangan kukuh mencecah RM40,000, selain seorang yang kuat dari segi mental, fizikal dan penyabar.


Pada petang Khamis, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesemua 23 aktivis kemanusiaan berada dalam tahanan tentera Isr**l.

Aktivis kemanusiaan yang ditangkap sejak awal pagi Khamis adalah daripada kapal Alma, iaitu Tuan Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, disusuli oleh Kapal Sirius membawa empat rakyat Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, dan Rusydi Ramli.

Kemudian Kapal Huga dinaiki oleh selebriti, Zizi Kirana turut dipintas, diikuti Farah Lee (Grande Blu), Danish Nazram (Grande Blu), seterusnya kapal Hio membawa Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi.

Tiga lagi aktivis kemanusiaan lain ditangkap menaiki kapal Free Willy iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman dan Dr. Taufiq, manakala kapal Estrella membawa empat rakyat tanah air PU Rahmat Ikhsan, Mohd Asmawi, Norazman Ishak, dan Norhelmi Ab Ghani.

Susulan itu, kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana yang sebelum inj dikhabarkan semakin menghampiri persisiran pantai Gaza juga telah dipintas.

Pada masa sama, kapal Fair Lady membawa dua aktivis kemanusiaan Malaysia iaitu Zainal Rashid Awang (ZRA) dan Ustaz Mad dipintas, disusuli dengan kapal Inana membawa seorang aktivis iaitu Razali Awang.

Dalam pada itu, kesemua 23 aktivis kemanusiaan yang ditahan dilaporkan selamat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 23 Jun 2019
Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Featured Thu, 11 Mar 2021
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Nadzmi Adhwa Bawa Diri Sebab Tak Ada Job?

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, dia percaya, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk dirinya dan kariernya sebagai anak seni.

Featured Mon, 5 Sep 2022
Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Elfira Loy Kolaborasi Dengan Mc Vogue Keluarkan Koleksi Baju Raya

MC Vogue kini menjadi jenama tempatan yang pantas mencuri perhatian di seluruh negara dengan lebih 20 cawangan. Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff […]

error: Content is protected !!