Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2025 @ 10:00pm

Dari Hati Untuk Gaza, The Helmis Hadir Dengan Lagu Sarat Makna ‘Mengukir Takdir’

Duo adik-beradik, The Helmis yang dianggotai oleh selebriti dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi tampil dengan karya terbaharu berjudul Mengukir Takdir, sebuah lagu sarat emosi dan mesej ketabahan dalam menghadapi ujian kehidupan.

Menurut mereka, peluang untuk menyanyikan lagu tersebut dianggap sebagai satu ketentuan yang cukup istimewa selepas pertemuan bersama pihak Alternate Records.

“Kami bersyukur kerana sejak pertemuan pertama dengan pasukan Alternate, terus wujud keserasian. Dari situ kami berbincang untuk hasilkan lagu yang ada sentuhan The Helmis bersama komposer lain.

“Kami cadangkan Wan Saleh (WS) sebab pernah bekerjasama sebelum ini dan dia lebih memahami cara kami. Maka terhasillah Mengukir Takdir,” ujar mereka.

Berbeza daripada lagu-lagu The Helmis sebelum ini yang lebih ringan dan mudah didengar, Mengukir Takdir menuntut kekuatan vokal serta penghayatan tinggi.

“Lagu ini besar, bukan mudah nak bawakan. Pertama kali kami perlu capai julat vokal tinggi dan gabungkan pelbagai elemen seperti Arab dan koir dalam satu lagu. Syukur ada tunjuk ajar guru vokal dan komposer yang banyak membimbing kami,” kata mereka lagi.

Menyentuh cabaran menyampaikan lagu yang sarat makna itu, The Helmis mengakui turut mengaitkannya dengan perjuangan rakyat Gaza serta perjalanan kehidupan setiap insan.

“Apabila kami letakkan lagu ini di hati, ia jadi lebih dekat terutamanya bila memikirkan tentang Gaza dan semangat perjuangan mereka. Mudah-mudahan takdir kita juga adalah takdir yang baik,” tambah mereka.

Menariknya, proses rakaman lagu ini hanya mengambil masa sekitar 10 jam keseluruhan, termasuk rakaman demo dan versi akhir.

“Rakaman demo ambil masa lima jam, begitu juga final recording. Walaupun padat dengan pelbagai lapisan vokal dan harmoni koir, semuanya dapat disiapkan dalam sehari. Terima kasih juga kepada Alternate yang turut uruskan kelas vokal untuk kami,” katanya.

Berkongsi tentang mesej di sebalik lagu, The Helmis menjelaskan Mengukir Takdir membawa tema kekuatan, keimanan dan kesyukuran terhadap setiap ujian yang ditentukan oleh Allah SWT.

“Setiap kita adalah pejuang dalam cerita masing-masing. Kadang orang nampak hidup kita normal, tapi dalam hati ada ujian yang hanya kita tahu. Lagu ini ingin mengingatkan bahawa walau diuji, kita tetap harus terus berjuang.

“Seperti dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6, sesungguhnya setiap kesukaran pasti disertai kemudahan,” ujar mereka lagi.

Menurut mereka lagi, walaupun liriknya diinspirasikan daripada ketabahan rakyat Gaza, mesej lagu itu boleh dihayati dari pelbagai sudut termasuk kekuatan wanita, kasih sayang keluarga dan perjalanan hidup individu.

“Ada yang bila dengar lagu ini teringat Rasulullah, ada pula yang teringat keluarga atau kisah hidup sendiri. Setiap pendengar akan menafsirkan mengikut perjalanan hidup masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 May 2026

Didakwa Jadi Mangsa Fitnah Hingga Rezeki & Kerja Terjejas, Trisha Ooi Mohon Doa Kuatkan Hati

Trisha meluahkan perasaan apabila perkara yang tidak benar didakwa mula memberi kesan terhadap rezeki serta kerjayanya.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Sat, 22 Nov 2025

Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”

Penyampai radio, Fizi Ali tampil membuka mulut apabila isu tular melibatkan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri kembali hangat diperkatakan di media sosial. Menurut Fizi, isu rindu gara-gara anak tunggal mereka, Ameena Sofia sudah […]

Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Tak Mahu Ingat Benda Lama, Tasha Shilla Kini Lebih Tenang

Pelakon jelita Tasha Shilla mengakui dirinya lebih tenang selepas mengorbankan beberapa perkara dalam hidupnya. Kata pelakon drama Kamar Kamariah ketika ditemui, Tasha memaklumkan dia kini dalam proses memulihkan kesihatan fizikal dan mental. “ Banyak perkara […]

Featured Tue, 10 Jan 2023

Melur Untuk Firdaus 2 Buat Meerqeen Gementar

Wow tak sabarnya nak tengok MUF2

error: Content is protected !!